Sunday, 13 May 2012

Ma, Ibu, Mak, Mama, Umi, Mami..... Selamat Hari Hari

Bahasa rasminya Ibu, gelar konvensionalnya Emak, panggilan modennya Mama, Umi dari kata arabnya mungkin. Tapi gua panggil Ma. Ma singkatan kepada Mama, mungkin juga eMAk. Atau Mader atau oramputihnya mother..

Hari ni hari ibu.. Orang cakap hari ibu tu hari-hari. Tp takkan hari-hari wa nak ucap Selamat Hari Ibu kat Ma gua. Nanti Ma gua cakap gua dah buat tebiat. Dah senget medula oblungata. Hari-hari nak bermanja. Tapi apa salahnya kan kalau bermanja dengan Ma sendiri.

Pepagi lagi Ma gua halo. gua masih lelap. Halo mintak wish dari anak kesayangan beliau memandangkan mentari dah cerah di middle of sky.. Sweet kan Ma gua, anaknya je. Bertuah punya anak. Boleh lak lupa nak wish.

Sebenarnya, bukannya gua lupakan terus hari ibu. Tapi bagi gua, hari ibu sebenar bagi diri gua ialah pada hari gua dilahirkan di dunia ini. Hari dimana Ma gua bersusah payah tanpa ambulans, tanpa katil bersalin, tanpa doktor pakar sakit puan, tanpa cik-cik misi, tanpa kelengkapan moden, tanpa lampu suluh bilik bersalin, tanpa jahit-jahit. Lahir jugak gua. Hidup jugak gua sampai ke hari ini. Gua respek Ma gua. Umur 19 tahun itu jam. Tapi cekalnya Allah sahaja yang tahu.

Gua sayang Ma gua, hari-hari gua rindu Ma gua, lauk pauk beliau, bebelan beliau, gurau senda beliau. Tapi masa berlalu pantas, gua dah dewasa. dan gua harus menerima hakikat yang gua dah tak boleh selamanya nak bertempek bawah ketiak Ma gua.

Apa saja kehendak beliau, insyaAllah akan gua turuti walau apa permintaan dan hajat sekalipun. Walau melibatkan kepentingan gua, walau bertentangan dengan keinginan gua. Tapi itulah beliau, beliau yang sebenarnya selalu ikut gua sejak menjadi dewasa ni. Beliau selalu berkata -tak kisah- asalkan gua fikir apa yang gua nak itu baik untuk gua. Baik juga untuk beliau, kata beliau... 

Gua sayang Ma gua... Semoga gua akan terus sayang dan sayang. Semoga Allah kurniakan umur yang panjang untuk beliau agar dapat gua membalas jasa-jasa beliau. Walau hakikat tidak akan terbalas jasa beliau menyimpan gua dalam perut beliau 9 bulan, membesarkan gua sehingga gua mencecah 26 tahun bernafas di bumi ini.....

SELAMAT HARI IBU, MA !
  

No comments:

Post a Comment