Thursday, 29 November 2012

Al-Fatihah

Ma....
5 Oktober 1967 - 23 November 2012..


Semoga Ma ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman disisi ALLAH

AL-FATIHAH

Saturday, 1 September 2012

Raihan - Bersatu



Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Buangkan yang keruh ambillah yang jernih
Tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan
Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra

Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
Yang berat sama dipikul
Yang ringan dijinjing sama

Sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat
Amalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan ( 2X )

Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan


************************************************************


KERNA ORANG BERIMAN ITU BERSAUDARA.

JIKA TIDAK MENGAKU SAUDARA, PUTUSLAH IMAN WALAU MULIA ORANG ITU DI MATA MASYARAKAT..

Sunday, 26 August 2012

PERMAISURI

Aku rela hidup dengan mu
Demi bahagia...
Hanya Tuhan bisa memisahkan kita

Di jaga dan lena kukuntum kerinduanku
Untuk mempersembah sayang padamu
Keharuman bunga tak seharumnya cintaku
Istimewa untuk sunting jiwamu

Bermula pandang pertama
Kau utuskan senyum mesra
Aku ingin seribu tahun lagi
Bersamamu...

Kubinakan mu istana
Aku rendakan bahagia
Dengan niat suci
Kaulah permaisuri

Sambutlah cinta abadi
Genggam dan semat di hati
Manisnya asmara
Kekal selamanya



Tuesday, 31 July 2012

Bebanan


Seandainya bebanan itu membebankan kita, ada patutnya kita menolak. Khuatir bebanan boleh membunuh. SALAM RAMADHAN & SALAM KEMERDEKAAN.

Janji Wajib Ditepati ^_^

Monday, 30 July 2012

MERDEKA OH MERDEKA

Kenapa kepala gua rase kelam tetibe bila terpandang logo Merdeka 2012 ni.. Hah, rasanya 1Malaysia sudah tengok bagaimana uniknya logo terbaharu pra pilihanraya ni. Sudahlah berslogankan 'Janji Ditepati', rekacipta pulak macam tah apa-apa. Haiiisssssh, terok betol Pak Menteri ni..

Gua sebagai pendokong tegar kerajaan pun rasa malu bila tengok logo ringkas cenggini. Itu belum lagi campur ngan lagu rasmi 'Janji Ditepati' yang memang berbaur politik.

Masalah kerajaan, tak jaga benda camni. Tapi yang nyata benda-benda gini lah yang boleh menaikkan api kemarahan rakyat terhadap pemerintah.

Mohon gomen tukar logo baru. Kesian gua sokong gomen...


Tahun ni, gua selebret Merdeka pakai logo yang gua bikin sendiri. Mudah-mudahan gomen tak marah gua...

Thursday, 14 June 2012

Sesal Seorang Isteri Tidak Penuhi Hajat Terakhir Suami



sedihnya.... .

"SAYA mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah sentiasa bermain difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu.

Saya dan suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan rakan-rakan di pejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian, tanggungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak, saya lakukan dengan sempurna.

Suami memahami tannggungjawab di rumah dan sentiasa membantu menguruskan rumah tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira melihat hubungan dalamkeluarga saya.

Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepadanya.

Memang dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.

Hari itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa pelanggan yang perlu dibereskan.

Hari itu, saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada di rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran berkumandang. Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Magrib. Begitu juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa mereka. saya lihat suami saya amat gembira petang itu.

Saya begitu terhibur melihat telatah mereka kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat hari itu. Oleh itu, dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang hati bersetuju.

Selepas menunaikan solat Magrib, kami keluar ke sebuah restoren kira-kira lima kilometer dari rumah. Di restoren, kami sekeluarga berbual panjang, bergurau senda dan usik-mengusik, memang seronok bersama. Macam-macam yang dibualkan malah saya lihat suami begitu ceria melayan tiga anak kami yang berusia tujuh hingga 12 tahun.

Saya dapat rasakan kemesraan suami luar biasa, cara dia melayan danketawa memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati terpancar rasa bangga kerana mampu membahagiakan suami tersayang. Saya melihat jam tangan.

"Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang," kata saya.

Suami tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan dan minuman. Kami tiba di rumah jan 12.50 tengah malam. Anak-anak yang keletihan terus masuk tidur.

Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat di restoren. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir melelapkan mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya membuka mata dan hanya tersenyum.

Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya berkata, esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu suami terlalu mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium suami dan mahu melelapkan mata.

Bagaimanapun, saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya, seolah-olah terlalu berat untuk melepaskan. Saya membuka mata dan melihat wajah suami yang berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum mengantuk, sedangkan dia juga keletihan.

Dia menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu permintaan terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan perkara itu terlalu penting ketika itu, saya seolah-olah terus melelapkan mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan tangan yang merangkul saya.

Esoknya, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada pekara yang tidak kena.Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka daripada pihak polis yang mengatakan suami saya terbabit dalam kemalangan dan meminta saya datang segera ke hospital.

Hati saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan saya tidak sempat betemunya. Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir hidupnya di dunia ini.

Hakikatnya itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri. dan yang lebih saya takuti jika suami tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.

Teringat Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama, 'Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isteri tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu hingga dimaafkan suaminya'.

Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan mengalir ke pipi. saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya diampunkan kesalahan saya."
Sesgguhnya solatku,ibdahku,idupku,mtiku 
hnyalah utk ALLAH

Wednesday, 16 May 2012

Selamat Hari Cikgu

Hari ini 16 Mei... Hari bahagia, hari mulia, hari bersukaria, untuk manusia-manusia yang digelar cikgu.. Selamat Hari Cikgu. Kawan baik gua, merangkap ex-rumet, housemet, kolejmet, klasmet, ,kameramet, motomet, dan sekarang personamet, En. Fadzli Osman  tak bagi guna istilah Hari Guru. Sebab GURU merujuk kepada bahasa sanskrit. Dalam ertikata lain, ia hanya layak disambut oleh Guru Bahasa Sanskrit semata-mata. Kehkeh..

Gua belek-belek fb, usha line jugak kot-kot la ada fatwa dari fb yg mengatakan hari cikgu ni haram disambut. Ye laa kan, sejak ada fb ni banyak hari yang dah difatwakan haram. Hari Valentine tu sah-sah la haram. Hari-hari peringatan yang lain? Hari ibu, hari bapa, hari misi, hari polis, hari askar, hari posmen. Kahkah, lawak-lawak... Trolll ! Mohon Hari Cikgu juga bebas dari sebarang unsur penyahudian mahupun iluminati atau tangan-tangan ghaib puak kapitalis menindas marhaen mahupun hedonisme secara terancang..

Menyusuri salasilah Hari Cikgu, 16 Mei dipilih sebagai hari untuk cikgu-cikgu di Malaysia kerana pada hari yang sama pada tahun 1956, Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran kebangsaan sebagai satu dasar pelajaran yang digunapakai bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Penyata Razak telah menjadi tunjang pendidikan Malaysia semenjak itu sehingga kini dengan beberapa penambahbaikan dan perubahan sesuai dengan peredaran zaman. Tapi ada je yang sudah tidak relevan dengan zaman, tapi masih digunapakai. Pape je lah. Sejarah 16 Mei... tak ada unsur @ pengaruh barat Syarikat Hindia Timor British mahupun komunisme Karl Max... huahua...

Semoga hari cikgu terus menjadi hari yang selamat untuk disambut. Selamat Hari Cikgu..

Buat my abah, a great teacher.. Skool juga at home. tegas di sekolah, penyayang di rumah. Terima kasih banyak2...


Buat my permaisuri....jugak Cikgu English...hi ticerrrr. =)


Last but not least, buat gua, yang bercita-cita nak jadi cikgu.. tolong doakan gua jadi cikgu jugak ye ^_^..
macam ni
|
|
\/


SELAMAT MENYAMBUT HARI CIKGU BUAT SEMUA CIKGU DI MALAYSIA, BAIK CIKGU TADIKA, CIKGU SEKOLAH RENDAH, CIKGU SEKOLAH MENENGAH, CIKGU MEMANDU, CIKGU MENJAHIT, CIKGU MEMASAK, CIKGU MAKTAB, CIKGU UNIVERSITI, CIKGU KOLEJ DAN JUGA CIKGULAHATI....~

dengan ilmu kita meneroka dunia. terima kasih cikgu


Tuesday, 15 May 2012

Melepaskan Tapir Tersepit !

Pepagi dah hot...What a DAY !!!


Semoga bodoh gua dan bodoh masyarakat sekeliling berakhir dua tiga hari lagi...

Sunday, 13 May 2012

Ma, Ibu, Mak, Mama, Umi, Mami..... Selamat Hari Hari

Bahasa rasminya Ibu, gelar konvensionalnya Emak, panggilan modennya Mama, Umi dari kata arabnya mungkin. Tapi gua panggil Ma. Ma singkatan kepada Mama, mungkin juga eMAk. Atau Mader atau oramputihnya mother..

Hari ni hari ibu.. Orang cakap hari ibu tu hari-hari. Tp takkan hari-hari wa nak ucap Selamat Hari Ibu kat Ma gua. Nanti Ma gua cakap gua dah buat tebiat. Dah senget medula oblungata. Hari-hari nak bermanja. Tapi apa salahnya kan kalau bermanja dengan Ma sendiri.

Pepagi lagi Ma gua halo. gua masih lelap. Halo mintak wish dari anak kesayangan beliau memandangkan mentari dah cerah di middle of sky.. Sweet kan Ma gua, anaknya je. Bertuah punya anak. Boleh lak lupa nak wish.

Sebenarnya, bukannya gua lupakan terus hari ibu. Tapi bagi gua, hari ibu sebenar bagi diri gua ialah pada hari gua dilahirkan di dunia ini. Hari dimana Ma gua bersusah payah tanpa ambulans, tanpa katil bersalin, tanpa doktor pakar sakit puan, tanpa cik-cik misi, tanpa kelengkapan moden, tanpa lampu suluh bilik bersalin, tanpa jahit-jahit. Lahir jugak gua. Hidup jugak gua sampai ke hari ini. Gua respek Ma gua. Umur 19 tahun itu jam. Tapi cekalnya Allah sahaja yang tahu.

Gua sayang Ma gua, hari-hari gua rindu Ma gua, lauk pauk beliau, bebelan beliau, gurau senda beliau. Tapi masa berlalu pantas, gua dah dewasa. dan gua harus menerima hakikat yang gua dah tak boleh selamanya nak bertempek bawah ketiak Ma gua.

Apa saja kehendak beliau, insyaAllah akan gua turuti walau apa permintaan dan hajat sekalipun. Walau melibatkan kepentingan gua, walau bertentangan dengan keinginan gua. Tapi itulah beliau, beliau yang sebenarnya selalu ikut gua sejak menjadi dewasa ni. Beliau selalu berkata -tak kisah- asalkan gua fikir apa yang gua nak itu baik untuk gua. Baik juga untuk beliau, kata beliau... 

Gua sayang Ma gua... Semoga gua akan terus sayang dan sayang. Semoga Allah kurniakan umur yang panjang untuk beliau agar dapat gua membalas jasa-jasa beliau. Walau hakikat tidak akan terbalas jasa beliau menyimpan gua dalam perut beliau 9 bulan, membesarkan gua sehingga gua mencecah 26 tahun bernafas di bumi ini.....

SELAMAT HARI IBU, MA !
  

Monday, 2 April 2012

Cerita Malang Pagi Jumaat 2

Kejadian berlaku di LDP betul-betul berhadapan dengen pusat membeli belah terkemuka One Utama. Jadi Balai polis yang paling hampir ialah Balai Polis Taman Tun Dr Ismail.


Wa dan cha ya nun alip bodo tu sampai balai polis dalam pukul 7.45 pagi. Dalam perjalanan ke balai polis tu hati wa panas lagi sebenanya. Panas ngan Sorento dan mangkuk hayun 4wd blakang yang memblahkan diri begitu saja tanpa kesan. Macam touch n Go lak kan.. Lepas ko touch ko go. Bukan nak kata salah lu sorang, tapi sama2 tanggung laa kan. Dah jadi ramai-ramai. Wa pulak yang nanggung kan. 

Sampai je balai polis, ada cerita lain. Wa tetibe lak teringat yang lesen memandu wa tamat dalam bulan Mac. Mula lah gelabah waktu tu. Takot giler kalau2 lah lesen wa dah mati, memang wa pun mati sama laa. Bukak wallet cek punya cek, Alhamdulillah. Tarikh lesen memandu tamat ialah pada 30 MAC 2012. Hari ni letuu.. kahkahkah.. Punya lah x cek lesen sendiri. Nasib baik ngam-ngam hari kejadian lesen mati, tapi belum mati la. Kul 12 malam karang baru mati.

Wa dan pemilik Gen2 tu masuk balai. Cerita punya cerita, polis cakap Taman Tun ni terletak dalam kawasan Kuala Lumpur. Tempat berlaku kemalangan, depan OU tu adalah Damansara. Damansara adalah kawasan Petaling Jaya. Petaling Jaya ialah daerah dalam Selangor Darul Ehsan. 

"Jadi, saya nasihatkan encik pergi buat repot kat Balai Polis Petaling Jaya, kami boleh terima repot encik. Tapi macam2 mana pun encik kene pegi sana jugak buat repot kali kedua. Jadi baik encik terus ke sana". Demikian kata-kata polis pompuan yang bertugas pagi itu. 

Adeeehhh.. Balai Polis PJ jauh kot. Kene harung jem lagi pagi-pagi camni. Wa xnak dah seksa Cik Sona wa ni jalan dalam keadaan sakit. Hidung dia dah patah, mata dia dah pecah, dahi dia dah terkopak. Kesian dia, nak tuju ke PJ. Aduhaiiii... Wa peluk Cik Sona wa kejap. Panas lagi dada dia, seolah-olah menangis mengadu kesakitan. Wa cakap kat dia,

"sabar ye sayang, kite ke PJ. Sekejaaap je. sakit pun tahan la ye. nak wat camane"...

Cik Sona wa menurunkan bunyi deruman enjin. Tanda bersetuju dengan wa barangkali.

Pas bincang ngan mamat Gen2 tu, maka menujulah kami berdua ke Bandaraya Petaling Jaya untuk melapor diri di Balai Polis Petaling Jaya.

Sesampai sana, dah dekat pukul 9 pagi. Cik Sona makin sakit, sebab dahi dia dah terluka. Kena pulak titisan hujan lebat pagi. Aduuuhhh! Wa pun turut sama rasa sakitnya. Dahi wa takpelah, sakitpun xde lah kena hujan lebat. Dahi Sona yang sakit, demi melindungi dahi tuan dia.

Wa masuk balai buat repot, tapi pemandu Gen2 tadi tak masuk-masuk. Wa nampak dia memegang fon. Kejap-kejap kol, kejap-kejap kol. Rupe-rupenya kol tu sebenarnya dari rakan-beliau advise itu ini kat dia. Dia yg pada awalnya takut dan ngaku salah, dan-dan bile masuk balai dah tukar statement. Depan wa dia ngaku yang dia salah brek tiba-tiba tade angin tade ribut. Tp depan polis dia cakap, jalan kat situ memang jem terok. KEnderaan bergerak dalam kadar 5 km/j. Tiba-tiba datang wa menghentam beliau dari belakang secara sadis. Maksudnya, wa memandu laju dalam keadaan jalanraya sesak teruk. Maksudnya lagi wa bodoh gi pecut kete laju-laju masa tu. Sohairian !

Sudahnya, wa dicaj memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan. RM 300 kompaun kesalahan. Puiii ! Nyesal giler... Nyesal bukan sebab berlaku eksiden tu. Tapi nyesal sebab;

Pertama: Nape wa tak cepat-cepat pegi kejar Sorento belakang wa dan dapatkan nombor plet dia. Kalo dapat nombo dia, dah sah2 dia akan kene caj.

Kedua: Dah terlepas nombor Sorento, wa boleh pulak bengong xleh gi ambik nombor kereta yang paling belakang- 4WD x pasti model, sebelum beliau membelahkan diri jugak. 

Ketiga : Masa kete Gen2 depan wa tu buat pengakuan salah masa kat jalanraya lepas berlaku eksiden tu, moleknya wa pau dia siap-siap. Bincang xyah repot polis. Terus je kita setel atas jalan ni. Dah lu ngaku salah  lu baya laa.. kakakakakaa... Mengepau orang blur dan lampi memang best. Tapi hakikatnya wa lagi lampi dari mamat lampi tu...

Dipendekkan cerita, menurut siasatan polis dan berpandukan repot mamat depan tu. Wa disabitkan kesalahan. Yes, kereta depan always right. Tak apa pun, yang belakang memang salah. Dan kerana kesalahan wa, wa terpaksa menanggung kerosakan kete beliau melalui insuran wa. Cik Sona kesayangan wa terpaksa bermalam di wad menjalani pembedahan dahi, mata, bibir, gigi, hidung, dan punggung serta tulang-tulang dalaman. Sekurang2nya untuk tempoh sebulan paling cepat terpaksalah wa merindui dia. Mungkin juga lebih. Tapi mintak-mintak laa awal sikit. Aminnnnn.. 

*tak tahan menanggungg rindu. asyik nak nitis air mata je ingatkan Cik Sona. Tiap kali bukak pintu rumah tengok dia tiada di parkir... iskkk iskkkkkkk ;-(

...................

Friday, 30 March 2012

Cerita Malang Pagi Jumaat

30 Mac 2012, mungkin wa boleh catatkan dalam diari hidup wa. 

Seawal jam 6.45 pagi, jiwa wa berkobar-kobar menuju ke tempat kerja demi kelangsungan agama, bangsa dan tanah air tercinta. Jarang wa bertolak awal sebegini. Setelah menerima text dari cik tunang kesayangan berbunyi "nty p skolah elok2 ye", wa memulas kunci Proton Persona Elegance Chiffon Green kesayangan wa membelah titisan hujan pagi keluar dari kawasan perumahan aman permai wa. Dah berhari-hari sebenarnya Cik Sona wa ni tak gerak. Asyik gerakkan jentera dua roda Lagenda merah membara ni aje. Naik jentera dua roda, selalunya wa akan keluar pukul 7 sebab tak ada motif sebenaenya kalau keluar awal2. Dan hari ini, opsyen awal itu terpaksa wa pilih memandangkan bumi sangat basah dengan titisan nikmat dari langit. Jentera dua roda tak mampu melindungi tubuh badan wa dari kekuyupan..

Lebuhraya Damansara-Puchong

6.50 pagi, wa berhenti di Stesen minyak milik penuh kerajaan Malaysia berstatus GLC iaitu Petroliam Nasional Berhad atau nama pendeknya PETRONAS, hasil idea Allahyarham Tun Abdul Razak, mertua kepada Datin Seri Rosmah Mansur merangkap mertua bersama, Datin Norjuma Habib Mohamed. Isi minyak cukup untuk tempoh seminggu. Wa mulakan kembali perjalanan kira-kira jam 6.55 sambil melayan gelagat Nabil, Kenchana Dewi, dan Halim Othman di Suria FM.

6.57 pagi, hujan lebat masih belum menunjukkan tanda-tanda ia akan reda. Wa ambik lane paling kanan sebab lane tu paling clear kereta x banyak lagi. Ye la kan, belum pukul 7, Lebuhraya Damansara-Puchong masih belum Hell dia punya kesesakkannya. Pukul 7, lane kanan memang lancar. Pemanduan berpurata 50km/jam sudah memadai dikala hujan lebat sebegini. Wa follow sebijik Proton Gen2 kaler biru muda dengan kelajuan sama ngan wa. Entah macam mana, tetiba Gen2 kat depan wa ni brek mengejut sedangkan di depan beliau tidak ada apa-apa halangan hatta lampu isyarat, kereta berhenti mahupun kambing yg sedang melintas. Memang tak ada apa-apa, tp yang dia gi brek ngejut tu wa tak pasti la apa motifnye. Mungkin kaki kanan pemandunya digigit semut api secara tiba-tiba mungkin. Atau ada lipas dalam seluar beliau...

Dipendekkan cerita, isyarat lampu brek terang benderang dari Gen2 membuatkan mata ma terbeliak lantas menghantar mesej kepada otak yang secara automatiknya menghantar isyarat melalui saraf2 neuron kepada kaki kanan wa untuk segera menekan pedal brek secara serius... Mau sound effect??? Sreeeeetttttttttttttt...Disk ABS mencengkam kemas kedua2 roda depan Cik Sona wa, sambil dibantu oleh 2 drum pada brek belakang... Sreeeeeeeeeeeettttttt !!!!!!.... Alhamdulillah, lagi 5 inci kot, Sik Sona wa mau hentam sama dia punya Gen2... DUMMMMMMMM !!!!!

Astaghfirullah.... rupanya kat belakang wa ada sebijik jentera besar bernama Kia Sorento turut melalui situasi yg sama. DUMMM yg pertama rupenya bukanlah bunyian dari Cik Sona wa. Itu dari belakang.. Kemudian, DUMMMMMMM !!! yang kedua. Haaa, yang ini baru lah Cik Sona wa cium bontot Gen2 biru muda kat depan. Astaghfirullahhhhh.. Sekali lagi beristghfar... Tapi kan, secara jujurnya, lepas wa beristighfar yang kedua tu, mulut ada mengeluarkan perkataan tak elok untuk tontonan kanak-kanak. Wa berniat secara ikhlas mahu memaki hamun Sorento belakang dan Gen2 depan. Sambil menundukkan kepala untuk mengutip talipon, GPS dan barang2 wa yang berselerak, sambil itu juga mulut wat menututurkan kata-kata dari syaitan berbaur hasutan. Mungkin itu dosa wa, belum sempat wa angkat kepala nak bukak pintu kereta, ada satu lagi bunyi, sreeeeeetttttttttttttttt DUUUUMMMM !!!!. Disusuli dengan bunyi ADUH !!!, terpacul dari bibir wa. Ini dahi sudah hentak ini stereng. Rupenye kan, belakang wa ada lagi dua kenderaan sedang berhentakkan sesama sendiri. Wa??? Ok kos bin kompem laa Cik Sona wa jadi sandwich.. pernah tengok sandwich kannn..camane campuran telur kat tengah tu dihimpit oleh roti gardenia, camtu laa jugak wa punya Cik Sona kena himpit..

Adeeeehhhh.. Wa blur, wa pening, wa bengong, wa gelap, wa xleh pikir, wa tak tau nak buat apa. Wa perlukan sekurang-kurangnya 3-4 minit untuk menstabilkan fungsi medula oblungata dalam kepala otak wa.   Terasa kehangatan dari dahi cantik wa nih.. sentuh2 tada darah. Tapi sakit, pedih.. Tapi hati lagi pedih tau..OK, cukup 2 minit wa dah stabil. Wa mau nak bukak pintu, wa terpandang wa punya side mirror. Dengan tanpa segan silunya Sorento belakang wa membelahkan diri meninggalkan wa dan Gen2 depan dalam keadaan tertanya-tanya. Serius, wa bengong masa tu.

Depan

Orang tua pesan, kalau berlaku kemalangan, bende pertama yg kita kene tengok ialah nombo plat kenderaan yg terlibat. Ha, itu yang gagal wa amalkan. Serius, wa tak pernah mengalami kemalangan. Baik motosikal mahupun kereta. Calar-balar sikit, termakan divider sikit2 memang tak pernah hatta sebesar kuman sekalipun. Naik moto terbalik wili ke wikang ke baring tanah ke memang wa tak pernah.. Itu pasal laa wa bengong secara serius bile berlaku kejadian tadi. Wa taktau nak buat apa. My first time kate oram..

Skrg dah tinggal berdua. Wa dan cha ya nun alip yg bawak kete gen2 depan. Muka mamat tu sangat skema (bayangkan rambut belah tepi, seluar atas pusat). kuar dari kete dengan muka ketakutan. Cakap tak berapa betul. Ye laa, dia bukan orang melayu. TErgagap-gagap. Yang wa paham dua tiga patah ayat je. "sori, sori, sori, my mistake"... 

"ok, lu dah ngaku lu salah. cantek laa... Camni laa bro, wa takmau gaduh-gaduh. Benda nak jadi. Cume wa nak tau, pasal apa lu brek tiba-tiba tada angin tada ribut?", wa memulakan bicara sopan.

"sori, sori, sori. I, i, i, i tak tau.. Kereta depan, depan, depan, suddenly mau masuk right lane. I tak, tak, tak, sempat.... tak sempat..." beliau memulakan hujah membela diri.

"hmmm, kepala hotak berjambul lu ada keta mau masuk kanan..Bro, dah laa. Sikalang ni macam mana mau setel?", wa memendekkan perdebatan sia-sia kerana baju dah mula kuyup. Hasil hujah tarakkk..

"ikut, ikut, ikutt, ikut u laa. I tak tau". Beliau juga mengambil pendekatan berhemah menurut saja cadangan dari wa. Mungkin juga kerana beliau sangat lurus walaupon beliau yg sepatutnya memarahi wa sebab wa dari belakang. Ikut rules wa jugak yg salah.

"Ok laa bro. Camni la, kite gi balai wat repot. Duk sini lama2 nyusahkan orang je, tambah jem kat jalan.." kata putus dari wa..

"OK i follow..."

*wa sambung nanti... tetibe wa tacing teringatkan my cik sona.. Tacing juge teringatkan kerisauan yg melanda cik tunang wa =(. Kesian dia, sampai nangis2... B x apa2 laa.. Dun worry.... =) * 

AKAN BERSAMBUNG

Monday, 19 March 2012

Cerita Kopiah



Menurut sang Wikipedia, Dalam Islam  kopiah atau Kufi atau juga dikenali sebagai ketayap merujuk kepada sejenis penutup kepala. Menutup kepala bagi lelaki hukumnya sunat, dan memakai kopiah adalah salah satu cara yang mudah untuk mendapat pahala free dengan syarat ia bukannya dipakai dengan niat menunjuk yg kita ni warak atau baik..

Ia adalah sunat dan juga merupakan pakaian Rasulullah SAW. Selalu juga pemakaian kopiah dikenakan di dalam lilitan serban iaitu dengan cara melilitkan serban pada kopiah..

Cerita pasal kopiah, memang banyak kebaikan memakai kopiah ni. Selain dilindungi dari syaitan yang bertenggek di atas kepala.

Wa mau cerita kisah kopiah wa dan kawan2 wa...

Suatu hari yang ceria, wa dan 2 orang kawan wa ke sebuah pusat membeli belah bebas cukai di negeri Cik Siti Wan KEmbang. SHoping segala bagai dari toto, selipar, kasut, jersi, dan buah-buahan. Time nak balik tu kamiorang terlalu depan kedai jual barang2 semayang. Usha punya usha, dapat tau yang harga kopiah kat situ sangat murah jika nak dibandingkan dengan harga jualan di Lembah Klang. Dah la canti. Tanpa pikir panjang, kamiorang pun beli sorang satu.

Lepas beli xnak la buh dalam plastik. Takut struktur dia rosak, jadi kamiorang pun memakainya di atas kepala tanpa sebarang pakatan mahupun komplot. Pemaikaian itu juga adalah semata-mata tidak mahu struktur ia rosak. Teroslah kamiorang masuk dalam kereta.

Mahu keluar dari bandar bebas cukai tersebut, kamiorang dan mereka-mereka orang yang lain harus melalui atau melepasi satu sekatan oleh pihak Kastam. Mau cek barang-barang belian.. Semua kereta tak terkecuali dari pemeriksaan Kastam dan diharuskan mereka membuka but kereta masing-masing untuk memudahkan pemeriksaan pihak berkuasa..

Part yang paling best nye bila sempai giliran kereta kamiorang. X sempat lagi wa selaku drebar mahu menurunkan tingkap demi mendengar arahan pihak berkuasa, pihak berkuasa yang mewakilkan seorang pegawai bertugas memberi senyuman awal kepada kamiorang disusuli angkatan tangan beliau menunjukkan arah jalan terus... waaaaaaa.... pakai kopiah punya pasal. Sejuk ati pegawai tengok.....x payah cek kereta !!!

Walaupun tanpa niat nak pakai sangat...

Thursday, 1 March 2012

Cerita Benar Isteri Zalim


Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.

“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.

“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.

“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.


“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

“Entahlah.” katanya perlahan,

” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.

“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.

“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.

“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,”jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut

“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.

“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu

“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin.

“InsyaAllah.” Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”

“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.

“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.

“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.

“Keluar lendir bercampur nanah.”

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”

“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

“Ustaz,”katanya,

“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”

“Kenapa?”pantas saya bertanya…

“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya;

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya “Kenapa?”

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.”

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.

Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”

“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.

“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut.

“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.

“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.

“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.

Friday, 24 February 2012

Hidup Sebagai Manusia



✿ Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI..
❤ Bila jadi baik, ORANG MELUAT..

✿ Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM..
❤ Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata
"ASTAGHFIRULLAH.. APA LAA NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?..."

✿ Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA..
❤ Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN..

✿ Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGOS..
❤ Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR..

✿ Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'..
❤ Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free..

✿ Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!....."
❤ Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?.."..

✿ Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"..
❤ Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"..

✿~ Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah.. semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah.. tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan ini :

~♥> Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT ..terhadap kita.. bukan pandangan manusia...~

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK DIA


SEMOGA DIA SENTIASA SAYANG GUA, 
DAN GUA SENTIASA SAYANG DIA,
DAN SEMOGA KAMI BAHAGIA,
SELAMANYA.

AMINNNNN

Love U

*untung laa kan besday ari jumaat, penghulu segala hari =)

Tuesday, 3 January 2012

Kejutan Budaya Si Bijak Pandai


Kecoh kat laman sosial sehari dua ni, kisah pelajar pintar Malaysia Amalina Bakri yang terjerat dalam kontroversi beraksi ghairah di alam maya. Si gadis ini dikatakan sudah tercicir jauh dari imej asal semasa beliau mula meninggalkan Malaysia beberapa tahun lepas.

Errrk... Apa ada hal. Dah lumrah dunia mungkin. Sejarah sebelum ni pun dah banyak cerita kat kita kisah pelajar bijak pandai ni. Bukan semuanya berakhir dengan kejayaan. Akademik mungkin, sahsiah belum tentu.

Mengikuti kisah Amalina, terlalu ramai yang mengutuk mengkitik. 

"Terok, rosak jahanam budak ni", Kata seorang mahasiswa UIA yang dulunya satu kelas dengan Amalina di tinggatan 2. 

"Dasar budak lupa diri. Lupa daratan, lupa agama, lupa susila, lupa batas-batas ketimuran". Bebel seorang pakcik merangkap penjawat awam yang baru sahaja di upgrade kan umur persaraan kepada 60 tahun mengikut SBPA baru-baru ini.

"Wat malu negaro jah budok tino nih. Baik dop payoh gi ngaji jauh-jauh. Ngaji jah kat UiTM Mache ni. Ambo ghaso takdop la sapa lagutumo. Baso gong !". cebik bernada kecewa makcik goreng pisang depan UiTM Machang setelah mengetahui berita Amalina melalui Facebook.

Adehhhh.. Wa sebenanya kan, takde laa terkejut sangat ngan berita ni. Dalam pada kita memandang jauh ke seberang laut sana, sebenarnya kita terlupa sangat-sangat. Terlupa apa? Terlupa yang hakikat sebenarnya kita tak perlu memandang isu kejutan budaya yang dialami Amalina beribu batu jauh jaraknya.

Cuba kita pandang sekeliling. Tak payah gi obersi, kat universiti tempatan pun teeeerrrrrrrrlalu ramai yang dikejutkan arus modenisasi sehingga terlupa nak pakai apa yang sepatutnya diapakai. Tutup kepala dah jadi pengelap skrin laptop kat hostel barangkali. Baju kecik baju besar dah tak teratur susunan sepatutnya. Balik kampung time raya puasa bukan main lagi alimnya kann..

Itu wa cite pasal pelajar IPT pompuan atau dengan nama lainnya Mahasiswi. Siswi jer? Tak. Siswa pun sama. Masuk ke pusat pengajian tinggi ibarat mendapat lesen kebebasan penuh dari orang tua kat rumah. Menjejaki kaki ke gedung ilmu ibarat diri sudah terlalu pandai sehingga lupa orang tua berdoa siang malam kat rumah. Rempit, ganja, menodai anak-anak dara orang lagak sang kasanova. Padahal gune duit PTPTN. Tu pun tak cukup, mintak lagi dari kampung..Puiii !

Kejutan budaya bukanlah suatu trend. Ianya adalah suatu virus yang perlu ditangani dengan bijak. Guna akal, guna ilmu dan yang paling penting guna IMAN...

Bukan Amalina sorang yang terkejut akan budaya. Semua orang. Wa pun !