Friday, 2 December 2011

Tutup Aurat VS Bungkus Aurat

Hari ni wa nak bagi kuliah. Memandangkan hari ni hari Jumaat kann. Wa nak cerita sikit tentang aurat. Wa dapat ilham nak cerita ni setelah wa denga ceramah dari sorang ustaz. Jadi, wa komposkan cite ni untuk senang paham apa beza tutup aurat dan bungkus aurat.


Suatu pagi, Ustaz Hussin sedang berbual-bual dengan anak perempuannya, Amira yang berumur 5 tahun di meja makan kat rumah sambil melayan teh panas dan nasik lemak yang dibelinya dari warung Pak Korsan.

Amira : Assalamualaikum ayah. Boleh Mira tanya sesuatu tak? Saya ada kemusykilan la.

Ustaz  : Waalaikumusssalam. Nak tanya apa tu nak?

Amira : Ni berkenaan dengan tutup aurat. Mira nak tahu kenapa, berpakaian ketat tu tak dikira sebagai pemakaian yang sempurna sedangkan orang tu tutup aurat. Dari kepala sampai ke kaki, semuanya tutup yah..

Ustaz  : Oh, ini ke kemusykilannya. Nakk, berpakaian tutup aurat tetapi ketat sehingga menampakkan bentuk badan itu sebenarnya dikira berpakaian tetapi telanjang. Tak sempurna sebenarnya pemakaian sebegitu bagi kaum perempuan.

Amira : Kenapa tu ayah? Mira tak faham lah.

Ustaz  : Mira, kaum perempuan ni adalah satu ciptaan Allah yang sangat unik. Keunikan dan kesucian perempuan sememangnya perlu disorokkan dari pandangan mata orang yang tidak berhak keatasnya. Berbalik kepada soalan Mira tadi, ada beza sebenarnya konsep menutup aurat yang kita bincangkan tadi. Pertama, menutup aurat dengan sempurna dengan pakaian longgar itulah dia TUTUP AURAT. Yang satu lagi tu, pakai ketat-ketat kita tak panggil tutup aurat nakk. Itu kita panggil BUNGKUS AURAT..

Amira : Errkkk.. (lagi tak paham). Tutup aurat? Bungkus aurat??

Ustaz  : Camni la Mira. Tengok sini 


(sambil memegang tudung saji diatas meja dan menutup semua makanan serta minuman yang ada diatas meja)

Ustaz  : Mira boleh nampak tak apa yang ada terselindung di sebalik tudung saji ni?

Amira : Tak. Tak nampak yahh.

Ustaz  : Tak nampak kan. Baik, sekarang tengok ni.
(membuka tudung saji, dan menunjukkan bungkusan nasik lemak).

Amira : Itu nasik lemak yahh..

Ustaz  : Haa, sekarang dah nampak ke belum apa beza TUTUP dan BUNGKUS? Dalam tudung saji tadi kita tak boleh nampak apa yang ada kat dalam tu walaupun kita kadang-kadang tahu. Tapi kita tetap tak boleh nampak apa yang ada. Macam itu lah konsepnya dengan TUTUP AURAT.

Berbanding dengan  contoh nasik lemak tadi. Ianya berbungkus cantik. Sebagaimana cantik dan elok ia berbungkus pun, kita tetap tahu yang itu adalah nasik lemak berdasarkan bentuknya. Macam itu lah konsepnya dengan BUNGKUS AURAT.


Jadi, jom TUTUP AURAT, jangan BUNGKUS AURAT


4 comments: