Saturday, 31 December 2011

Sembang Tahun Baru



Salam 1Penyamun dan Salam Tahun Baru 2012.

Pejam celik guling-guling, tup tap dah pun sampai kita ke penghujung rancangan. Oh, i mean penghujung tahun dalam kalendar orang putih. Hari ni 31 Disember 2011, maknanya hari ini ialah hari terakhir untuk tahun 2011. Esok tahun baru menjelma. Ok, wa janji ngan lu orang semua, wa tak nak update blog dah untuk tahun ni !

Bila bercakap pasal tahun baru, tak dapat tidak, kita akan membicarakan tentang azam tahun baru. Di mana-mana medium sekalipun, baik soalan seorang cekgu kepada anak muridnya, soalan DJ radio kepada rakan setugasnya hatta pendengar yang menghubunginya, hatta taipan-taipan diri sendiri untuk menjawab soalan facebook "what's on your mind" dan disohihkan dengan status 
"Tahun baru ni aku berazam untuk bla bla bla blaaa....", " aku juga  mau bla, blaa, blaaa, kambing beranak kembar, bla bla blaaa, pasang stereng kete kat handle moto bla bla blaa, mau rambut sikat tepi sebelah kiri bla, blaa, blaa, mau berenti bila lampu isyarat nyala kaler merah... " Dah full stop!

Wa sebenanrnya malas nak berazam. Sebab dah hampir separuh abad wa idop kat dunia ni, tak pernah satu pun azam tahun baru wa terlaksana. So, apa kata kita tukar azam tahunan itu jadi azam harian. Haha, cantek tak? Sebelum tidur tu azam siap-siap, "pagi esok yang hening, aku nak bangun sebelum bilal kat masjid depan umah ni tekan suis on mikropon. Kalo dia tak tekan on jugak, aku yg gi tekan suis dan secara tak langsungnya aku yang akan mengkumandangkan seruan azan..yukk".. Menjelangnya pagi esok, andai terlaksana azam tu, tetapkan azam yang baru, "Pagi ni aku nak gi keje awal. Nak sapu sampah kat opis, nak lap meja aku dan staf-staf lain. Termasuklah meja Kak Som Jamaliah Kepoh kat tepi meja aku ni. Mudah-mudahan aku tergolong dalam golongan orang yang rajin dan mencintai kebersihan..." kehkehkeh...

SELAMAT BERAZAM dan SELAMAT TAHUN BARU 2012

gambar tak ade kaitan...

Saturday, 24 December 2011

Misteri Kambing Jadi-Jadian


Jamsul menggosok-gosok rambut beserta kulit kepalanya dengan kasar. Ditarik ke belakang, digaru ke kiri, direntap ke kanan, kemudian dihambur ke hadapan. Rambut-rambut gugur milik Jamsul bertaburan diatas meja plastik warung Kak Senah Kebaya yang beralaskan tikar getah corak petak bewarna biru air laut. Dirapat-rapat dan didekat-dekatkannya. 

     “Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh, sebelas, dua belas. Dua belas semuanya” bilang Jamsul mengira jumlah helaian rambutnya yang gugur. Begitulah rutin harian Jamsul setiap pagi di warung Kak Senah Kebaya sebelum dia memesan minuman sebagai sarapan paginya. Jumlah dua belas helai rambut yang gugur merupakan satu pencapaian cemerlang buat Jamsul kerana biasanya sebelum ini helaian yang luruh kadang-kala melebihi angka dua puluh. Bukan sebab makanan tambahan, magnesium glutamat misalnya. Bukan. Itu bukan penyebab utama. Yang menjadi sebab musabab ialah datuk-nenek Jamsul sendiri. Arwah bapaknya Haji Bakarus, belum pun mencecah usia pencen dari Polis Di Raja Malaysia, kepala beliau sudahpun membawa imej bukit yang sudah gondol. Ditambah pula dengan cahaya terang dari lampu spot light dari dahi depan. Sudah cukup untuk orang kampung menggelarnya Bakarus Matahari. Cerah masa depan kata mereka. Kini, anak tunggal beliau pula yang mewarisi anugerah sedemikian setelah berangkatnya beliau ke Rahmatullah. 

     “Jamsul, kau nak minum apa?” pekik Kak Senah Kebaya dari belakang warung sebaik sahaja selesai urusan pengiraan rerambutnya. 

     “Macam biasa Kak Senah” sahut Jamsul. 

     “Macam biasa tengkorak engkau Jamsul. Kau tiap hari kat sini mana ada yang tetap. Tiap hari kau pesan minum lain-lain” balas Kak Senah kembali. Ada betulnya kata Kak Senah. Jamsul bukan macam pelanggan lain yang hanya setia pada satu-satu jenis minuman sahaja. Kopi Jantan misalnya. Tidak bagi Jamsul. Minuman yang dipesan kadang-kadang teh o, kadang-kadang teh tarik, ada juga masanya dia pesan milo suam, tidak kurang juga bila datang bengongnya dia akan pesan minuman sejuk di pagi hari. Teh O Ais Tembikai misalnya... 

     “Oh, ye ke. Kalau macam tu bagi saya Nescafe Ais Laici la Kak Senah” jawab Jamsul mengesahkan pesanannya secara serius menunjukkan kepada umum yang saat bengong sudah masuk ke dalam kepalanya untuk detik ini. Paling kurang sekali dalam seminggu penyakit biul tu akan datang dengan sendiri ke dalam diri Jamsul tanpa perlu bersusah payah mencarinya. 

     Sementara menunggu air siap, Jamsul mengangkat tudung saji di hadapannya. Terhidang di bawahnya beberapa jenis kuih. Karipap sejuk, kuih lapis dan kek pisang ternyata ada. Dicapainya kek pisang sebesar penumbuk bayi 4 bulan setengah itu lalu disuap sekali gus ke dalam mulut mungilnya. Umum mengetahui bahawa Jamsul memang minat sangat dengan kek pisang. Malah, segenap lapisan masyarakat Kampung Tirok Muda sudahpun mengetahui secara jelas yang Jamsul merupakan ahli seumur hidup Persatuan Penggemar Kek Pisang (PERPENGKESANG) cawangan Pantai Timur Malaysia. Malah, dalam Facebook pun, Jamsul adalah antara orang yang bertanggungjawab membina muka surat atau page PERPENGKESANG yang kini sudahpun menerima Like sebanyak 725726 dari pengguna-pengguna Facebook, jauh sudah melebihi jumlah Like yang diterima oleh Najwa Latif yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku. Buku teks ke buku bank, itu tidak dapat dipastikan kesahihannya. 

     Nun dari kejauhan sana kelibat Pak Kassim terkocoh-kocoh datang dengan muka yang agak risau secara serius. Entah apa yang sedang dirisaukan oleh beliau merupakan satu persoalan yang ingin segera diselesaikan oleh kaki warung yang sedang bersantai di warung Kak Senah ketika ini. 

     “Apa hal nya Pak Kassim? Macam ada masalah aje” tegur si Leman Panjang. Panjang si Leman bukanlah terletak pada tubuh badannya. Bukan juga terletak pada akal fikirannya. Panjang gelaran diberi hanya kerana telinganya panjang sebelah kanan. Panjang berjuntai ke bawah seperti orang-orang Afrika menindik telinga dengan menggantung logam-logam berat. Menurut cerita orang tua, teling Leman panjang sebelah adalah bahana mesin pemerah tebu. Kurang pasti kesahihan ceritanya tetapi yang banyak tersebar diseantero komuniti kampung Tirok Muda ialah versi Leman ditarik mesin tersebut semasa dia cuba mendengar bunyi mesin itu secara dekat. Telinga didekatkan dengan mesin sebab kawan-kawan Leman masa tu duk bercerita yang dalam mesin tu ada jembalang. Itu sebabnya batang tebu yang keras tu boleh tiba-tiba bertukar jadi air. Bingai tahap dewa agaknya, itu yang dia tekapkan telinga untuk mendengar jampi serapah hantu jembalang tanah yang ada dalam mesin tersebut. Sudahnya, sampai ke abad ke 21 ini, telinganya masih kekal berkeadaan begitu. Kesian. 

     “Kambing ! Kambing kau Leman”, Pak Kassim masih termengah-mengah mahu menyampaikan berita sensasi. Terhalang pula oleh cungap-cungap nafas mencari segumpal oksigen. Berebut-rebut. Lidah nak cakap, hidung pun nak oksigen. Tak reti nak bersabar agaknya. 

     “Kenapanya ngan kambing saya Pak Kassim?”. Leman cuba menjalanpintaskan berita sensasi hiburan terkini yang mahu disampaikan. Tidak mahu memberi sebarang ruang untuk iklan agaknya. 

      “Kambing kau. Kambing kau Leman. Kambing kau dah hilang !!!..”


-----------------------------------------------------------------------------
Arghhh, takde idea dah wa nak merapu. Wa sambung lain kali lah cerpen tahap lutut ni.

Friday, 16 December 2011

Tips Untuk Lelaki Tak Hensem



Tips bagi yg merasa sebagai lelaki tak hensem termasuk diri wa...

1. Jangan putus asa, tidak semua orang menilai manusia dari fizikalnya, boleh juga dinilai dari rumahnya, keretanya, pangkatnya, atau wang simpanannya ^^
DONT JUDGE THE BOOK BY THE COVER

2. Jangan salahkan diri anda kalau anda tak hensem, salahkanlah orang tua, kerana tak hensem itu
keturunan.. iya kan??
LIKE FATHER LIKE SON

3. Perbaiki kecantikan dalaman anda, itu kalau berasa sisi luar anda memang hampeh.
THE BEAUTY IS UNDER THE SKIN

4. Jgn sakit hati kalau dikatakan tak hensem, buat **** jer, ingat film Beauty and The Beast kan?
NO GAIN WITHOUT PAIN

5. Jadilah diri anda sendiri, kalau anda tak hensem, bersyukurlah. Mungkin kalau anda hensem
anda akan banyak dosa
JUST BE YOURSELF

6. Kalau orang lain menilai anda tak hensem, jangan ambil hati, penilaian manusia tidak selalu
benar (mungkin anda sebenarnya lebih tak hensem lagi huhu)
THE TRUTH IS OUT THERE

7. Yang cakap tak hensem itu bergantung kepada alam sekitar anda,misalnya anda disini tak hensem tapi di Afrika boleh jadi paling hensem tu bro, makanya pindah ke sana aja hehehehe
THE RIGHT MAN IN THE WRONG PLACE

8. Cinta tidak memandang hensem atau tak hensem. Tak percaya? Tanyakan perkara ini kepada orang yang tak hensem
LOVE IS BLIND

Kalau anda membaca tips ini sampai habis, bererti anda memang merasakan anda tak hensem..
Kalau anda sendiri rasa diri anda tak hensem, apalagi orang lain melihat anda.
Jangan menganggap kalau anda merasa tak hensem itu anda low profile,
percayalah..orang lain pun akan setuju dgn pendapat anda
jadi percayalah pada kata hati anda (kalau anda tak hensem)

*Artikel ni wa pau dari sebuah forum.. Nak bagi kredit tp wa tengok banyak sangat sumber. Blog itu, blog ini tak ade sumber sahih. So, wa songlapkan saje kredit dia boleh tak. Kredit untuk PENULIS ASAL !
dari wa yang tak hensem..

Wednesday, 14 December 2011

Leleh Berombak Rindu

Waah, satu negara sedang dilanda fenomena filem ONGBAK  OMBAK RINDU. 
Wa sebagai seorang penyamun bertauliah, memang tak laa nak tengok cite canggini. Wa siap mencerca lagi kawan-kawan wa yang ajak gi tonton cite ni. Memalukan kaum laa kate wa. Malukan keturunan segala bagai.

Tapi kan, semalam wa tewas. Terpedaya serta terpengaruh dengan ajakan besfrem. Dalam keterpaksaan, wa melayan cite arahan Osman Ali ni. Dah pasang niat siap-siap, aku x akan tergoda ngan jalan cite die. Tergoda ngan Lisa Surihani mungkin. 

"Tuhan tolong, lembutkan hati dia..."


Mula je tayangan, wa menten rilek. Tiada yang perlu dikagumkan. Macam biasa, cam cite melayu lain. Cam Tentang Dhia, cam Soffiya, cam Cinta Elisa.. Tapi bile masuk part keikhlasan Izah (Maya Karin) yang merayu rayu minta Aris (Aaron Aziz) menikahinya, disitu ketacingan bermula. Tersentuh dengan keikhlasan dan redha dalam dirinya. Wawawahhh, wa pandang kiri kanan masing-masing dah leleh. Wa tak ade laa leleh kat mata, leleh dalam ati sudeyh..

Keseluruhan, terbaik ! Wa cakap terbaik sebab ini kali pertama wa tgk cite cinta air mata kat wayang... Tau kat nenek wa, mampus kene kutuk nih... sekian..

"REDHA ITU IKHLAS, PASRAH ITU MENYERAH"...

Friday, 9 December 2011

Menatang in My Life

Assalamualaikum dan salam 1samun..

Rini wa nak cite sal menatang. Menatang yang wa respek dalam idup wa. Ada 3 jenis menatang yang wa betul teruja bila tengok. Pertama, kunang-kunang atau dalam bahasa inggerisnya kita panggil firefox firefly. Wa teruja tengok kunang-kunang ni dari kecik lagi, sebab menatang ni ada sistem pencahayaan sendiri. Lampu ceross geriliss..Hebat betul menatang ni. Lagi hebat Allah yang mencipta beliau. Subhanallah...


Menatang kedua yang wa teruja ialah lintah. Pertama kali wa jatuh cinta dengan lintah ni wa ingat masa wa ukur 5 taun. Arwah datuk wa bawak wa gi mandi sungai. Tengah syok berendam dan berkubang, wa rasa ada sesuatu yang mengusap-ngusap kulit peha wa yang gebu secara romantik dan secara serius. Memula rasa geli-geli gitu, pastu rase fenik apabila benda yang menggoda-goda peha wa tu rupenye seekor lintah yang lagi gebu dari kulit wa yang memang gebu. Apa lagi, wa menjerit dan menangis secara berganti-ganti lah sebagai satu simbol meminta pertolongan. Terpaksa arwah datuk wa gunekan pisau untuk removekan menatang degil tu dari kulit. PErrgghh, meleleh-leleh darah.. 

Apa yang respeknye? Hehe, ekceli wa respek lintah ni sebab dia takde kaki, takde tangan, takde mata tapi mampu mengepau darah manusia dan segala jenis mamalia lain.


Binatang ketiga yang wa respek ialah Kambing. Yang ini tak ada penjelasan kenapa wa suka kambing. Dari kecik sampai sekarang wa suka kambing tapi tak pasti mana kehebatan kambing ni. Cume yang pasti kambing ialah seekor menatang yang malas mandi !


Apapun kan, semua makhluk yang dicipta Allah ada kepentingan masing-masing dalam sistem dunia ini. Hatta seekor nyamuk sekalipun, ianya penuh dengan rahsia penciptaan alam ini. Subhanallah.

SAYANGILAH MENATANG.

Tuesday, 6 December 2011

Mati Hidup Kembali



Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi

Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Pendirian tiada kusangka
Tak mengapa oh tak mengapa

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawakan kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Agar sepenuh dengan pendirian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya

Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan

Friday, 2 December 2011

Tutup Aurat VS Bungkus Aurat

Hari ni wa nak bagi kuliah. Memandangkan hari ni hari Jumaat kann. Wa nak cerita sikit tentang aurat. Wa dapat ilham nak cerita ni setelah wa denga ceramah dari sorang ustaz. Jadi, wa komposkan cite ni untuk senang paham apa beza tutup aurat dan bungkus aurat.


Suatu pagi, Ustaz Hussin sedang berbual-bual dengan anak perempuannya, Amira yang berumur 5 tahun di meja makan kat rumah sambil melayan teh panas dan nasik lemak yang dibelinya dari warung Pak Korsan.

Amira : Assalamualaikum ayah. Boleh Mira tanya sesuatu tak? Saya ada kemusykilan la.

Ustaz  : Waalaikumusssalam. Nak tanya apa tu nak?

Amira : Ni berkenaan dengan tutup aurat. Mira nak tahu kenapa, berpakaian ketat tu tak dikira sebagai pemakaian yang sempurna sedangkan orang tu tutup aurat. Dari kepala sampai ke kaki, semuanya tutup yah..

Ustaz  : Oh, ini ke kemusykilannya. Nakk, berpakaian tutup aurat tetapi ketat sehingga menampakkan bentuk badan itu sebenarnya dikira berpakaian tetapi telanjang. Tak sempurna sebenarnya pemakaian sebegitu bagi kaum perempuan.

Amira : Kenapa tu ayah? Mira tak faham lah.

Ustaz  : Mira, kaum perempuan ni adalah satu ciptaan Allah yang sangat unik. Keunikan dan kesucian perempuan sememangnya perlu disorokkan dari pandangan mata orang yang tidak berhak keatasnya. Berbalik kepada soalan Mira tadi, ada beza sebenarnya konsep menutup aurat yang kita bincangkan tadi. Pertama, menutup aurat dengan sempurna dengan pakaian longgar itulah dia TUTUP AURAT. Yang satu lagi tu, pakai ketat-ketat kita tak panggil tutup aurat nakk. Itu kita panggil BUNGKUS AURAT..

Amira : Errkkk.. (lagi tak paham). Tutup aurat? Bungkus aurat??

Ustaz  : Camni la Mira. Tengok sini 


(sambil memegang tudung saji diatas meja dan menutup semua makanan serta minuman yang ada diatas meja)

Ustaz  : Mira boleh nampak tak apa yang ada terselindung di sebalik tudung saji ni?

Amira : Tak. Tak nampak yahh.

Ustaz  : Tak nampak kan. Baik, sekarang tengok ni.
(membuka tudung saji, dan menunjukkan bungkusan nasik lemak).

Amira : Itu nasik lemak yahh..

Ustaz  : Haa, sekarang dah nampak ke belum apa beza TUTUP dan BUNGKUS? Dalam tudung saji tadi kita tak boleh nampak apa yang ada kat dalam tu walaupun kita kadang-kadang tahu. Tapi kita tetap tak boleh nampak apa yang ada. Macam itu lah konsepnya dengan TUTUP AURAT.

Berbanding dengan  contoh nasik lemak tadi. Ianya berbungkus cantik. Sebagaimana cantik dan elok ia berbungkus pun, kita tetap tahu yang itu adalah nasik lemak berdasarkan bentuknya. Macam itu lah konsepnya dengan BUNGKUS AURAT.


Jadi, jom TUTUP AURAT, jangan BUNGKUS AURAT