Saturday, 26 November 2011

Sejak Ada Fesbuk / Muka Buku


Sejak ada Fesbuk ni kan, wa duk perati tengok banyak giler kot perubahan melanda umat manusia ni. Dah jadi macam satu kewajipan kan, sesiapa yag berstatus manusia wajib ada fesbuk. Budak skolah, cekgu skolah, makcik pakcik, pak menteri, selebriti toksah cerita la kan. Semua ada fesbuk... Mungkin Jabatan Pendaftaran Negara patut masukkan skali ID fesbuk dalam rekod kad pengenalan. Mungkin laaa...

Sejak ada Fesbuk ni kan, populariti laman blog sudah merosot teruk. Merudum kot. Pembaca dah makin kurang, pengomen dah xde. Kalo ada pun blog-blog sensasi ramai laa. Itu pun komen VIA fesbuk. Aduyaiii...

Sejak ada Fesbuk, populariti forum online pun turut sama merosot. Dah takde dah kaki-kaki forumer tegar. Nak berdebat cara ilmiah pun dah x semeriah dulu. Kat Fesbuk??? ada ilmiahnya. 2 komen cukup, pastu yang bawah2 tu dah melalut-lalut lari dari topik asal. Tetiba tag kawan tu kawan ni masuk topik lain. Mengarut !

Sejak ada Fesbuk ni, fitnah dah tak ade sempadan.

Sejak ada Fesbuk ni kann, ada Najwa Latif !

Sejak ada Fesbuk ni kannn, wa tengok kemunculan ustaz dan ustazah online semakin meningkat. Saling ingat mengingati keluar hadis itu ini. Bagus laa. Satu penggunaan dakwah cara baru. Cume yang tak bagusnya wa tengok, kemain lagi keluar hadis tapi diri sendiri tak terjaga. Ini kisah kawan fesbuk wa laa. Pompuan. Tiap malam sebelum tdo akan ada hadis-hadis tertentu nasihatkan orang lain. Tapi wa usha foto dia, boleh tahan. Dedah sana sini.. Bagus laa kan.

Sejak ada Fesbuk ni kannnnnnn, wa tengok ramai- masuk je waktu azan terus hapdet status "jom semayang"... tapi kannnn, tuan punya jejari yang menaip status tu tunggu lime minit abis waktu baru nak semayang. Rekod kedatangan dah nak tutup dah nak oiiiii....

Sejak ada Fesbuk ni kannnnnnnn, lu orang dan wa sendiri semakin malas membaca !!! Satu kerugian kepada produktiviti negara..

2 comments:

  1. sangat setuju, forum forum bertaraf cult pun sunyi sepi

    apakah?

    tapi one fine day, fesbuk akan mampus..trend nih dapat dilihat bila ramainya rakyat malaysia gila fesbuk..

    sama seperti gila frenster satu masa dahulu, cukup je time frenster bukak server di malaysia..terus out..kiok, sekarang apa pun tarak..gambar lama pun dah kiok kat frenster

    trend nih juga boleh dilihat di fesbuk sekarang, banyak sangat nama rempit..fake profile..page yang ntah apa2

    tunggu la..tak lama dah

    google+ will kick in

    bloggers stay alive..tp gini je la

    ReplyDelete
  2. bloggers stay alive..
    hahaha.. like that word.

    forumer sume dah mati. yang tegar pun ikut mampus.. tambah2 ada nye si pengacau macam syed rosman syed alwi tuh.. hehehehe
    but bloggers not dead !

    ReplyDelete