Sunday, 11 September 2011

Cerita Bohong

Alkisah tersebutlah kisah, suatu masa dahulu di dalam negeri Panah Berhantu. Arakian, negeri ini letaknya juga bersebalahan dengan negeri Isketambola yang diwar-warkan oleh P Ramlee yang sampai sekarang tidak mampu dijumpai oleh laskar-laskar Uncle Sam mahupun google earth yang dicipta oleh puak-puak gelobal itu..

Adapun di negeri itu wujud seorang raja yang selalu hidup dalam keadaan bosan. Kadang-kadang baginda rasa menyesal kenapa dilahirkan sebagai raja. Pernah juga kadang-kadang Raja itu mahu mendaftar sebagai pengguna Muka Buku atau nama penjajahnya Facebook. Nak sign up, baru baginda teringat yang zaman itu masih belum ada apa yang dinamakan rangkaian sosial itu. Jalur lebar pun belum ada. Tapi macam mana dia tetiba terpikir nak sign up? entah. Abaikannn..

Suatu hari, untuk menghilangkan kebosanan setelah gagal mengsign up facebook, beliau memanggil setiausaha sulit beliau lantas mengarahkan s/u yang berdedikasi itu mengeluarkan satu memo panggilan kepada rakyatnya untuk menyertai satu pertandingan bercerita. Syarat utama pertandingan bercerita ini ialah cerita yang disampaikan mesti cerita bohong. Mesti bohong. Wajib! kalau cerita tu tak bohong, automatikeli peserta akan diskualifaid.

Berminggu-minggu sesi kelayakan diadakan. Pertandingan diadakan secara kelayakan kumpulan. Dibahagikan kepada 3 kumpulan. Juara kumpulan akan layak ke final. Seperti biasa, aksi akhir akan diadili sendiri oleh Raja.

Masa yang dinantikan sudah tiba. Seluruh rakyat berkumpul di Stadium Nasional Panah Berhantu yang letaknya di Bukit Hantu Pari. Syarat pertandingan akhir macam biasa iaitu cerita mestilah bohong. Pemenang akan ditentukan apabila Raja menyebut dan mengakui yang cerita itu sebenar-benarnya bohong.

Tiba giliran peserta pertama-

PESERTA  1 :
Assalamualaikum dan salam satu Panah Berhantu. Cerita yang nak hamba ceritakan ini memang bohong. Ia semuanya adalah berkaitan dengan hidup hamba. Hamba sebenarnya bukan manusia biasa. Hamba ialah jelmaan makhluk asing dari Planet Jingga yang datang ke bumi 3 tahun lepas menggunakan perkhidmatan LRT Star yang disokong oleh servis Touch n Go. 
APabila mendarat di bumi hamba meminjam kereta lumba Ferrari F1 yang pernah digunakan oleh Michael Schumacher untuk datang ke negeri Panah Beracun. Perjalanan hamba menggunakan Ferrari tersebut melalui 7 benua didunia dan merenangi 7 laut dan lautan serta selat-selat utama dunia termasuklah Selat Tebrau. Sebelum itu sempat jugak hamba singgah di Pantai Dalam. Pekena Nasik Kukus D'Naem. Best wooo...
Semasa memandu Ferrari di Lautan Pasifik hamba terlah terlanggar seekor tenuk laut yang sedang main kejar-kejar dengan seekor ikan duyung wajah persis Lisa Surihani. Tenuk laut itu mati, lalu hamba mengambil ikan duyung itu untuk dijadikan sarapan pagi memandang RnR di Lautan Pasifik ketika itu masih belum dibuka bagi menghormati bulan Ramadhan.
Setelah beberapa minit hamba sampai ke negeri ini. Bohong tak cerita hamba????

RAJA     : Menarik cerita kamu. Beta percaya ! Ok, next. Peserta kedua.

PESERTA 2:
Assalamualaikum, peace yaww !
Nama patik ialah Albert Grenomayor. Patik ialah keturunan Albert Einsten yang mencipta berus jamban pertama di dunia. Datuk patik Albert Bush ialah bekas Sultan di negara Orang Putih. MEmandangkan datuk patik seorang raja, secara otomatiknya, patik juga ialah raja.
Namun patik tak mau jadi raja. Patik lebih suka hidup sebagai orang biasa. Sekarang patik bekerja di sebuah ladang burung unta yang dibina khas di ruang legar panggung wayang Mid Veli.
Menariknya tuanku, burung unta di ladang patik sangat ajaib. Burung-burung unta itu kalau mengandung ia hanya mengambil masa beberapa hari saja. Kemudian keluar telur. Yang lagi menarik, pabila bertelur, yang keluar itu bukan telur biasa. Ianya telur emas. Yang lagi lagi menarikkkk giler tak hengat, apabila telur itu menetas, keluar pulak cash money. Jadi patik selalu paksa burung-burung unta hamba mengandung secara beramai-ramai. Tuanku bayangkanlah, burung unta patik jumlahnya sebanyak 5789235 ekor. Jadi dalam tempoh 3 hari, apabila mereka bertelur dan menetas dan mengeluarkan cash money 50 keping rm50, tuanku kira sendiri laa berapa pendapatan patik. 
Itu belum lagi patik cerita kisah isteri patik yang boleh memasak sambil berenang dalam keadaan menyusukan anak....

RAJA      : OK, dah laa tu. Beta percaya semua cerita kamu itu. Kamu memang hebat. So, macam mana dengan cerita peserta ketiga.

PESERTA 3 :
Ampun Tuanku beribu ampun. Sembah patik harap diampun. Izinkan patik ceritakan kisah sebenar. Cerita ini tidak bohong tuanku. Ampun Tuanku.

Semalam patik ke kebun getah patik. Dalam sayup-sayup irama unggas rimba, patik singgah la di pondok buruk tempat patik simpan pisau toreh. Tiba-tiba patik terdengar suara perempuan mengerang dari dalam pondok. Patik ingatkan ada orang dalam kecemasan. So, patik intai la. Alangkah terkejutnya patik apabila mendapati di dalam nya ada seorang perempuan sedang berbaring mengerang keenakan tanpa seurat benang pun. Dan diatasnya ada seorang lelaki. Mereka sedang berasmara di pondok patik Tuanku.


Dan perempuan itu adalah Permaisuri Tuanku. manakala lelaki itu ialah setiausaha sulit Tuanku. sekian..

RAJA: BOHOOOOOOOOOOOOOOOOOOONNNGGGG !!

1 comment:

  1. hahaha. sial je peserta 3... hakktuih

    ReplyDelete