Wednesday, 14 September 2011

Butakah Cinta...


Seorang gadis mengalami kemalangan menyebabkannya hilang deria penglihatan anugerah Tuhan. Dia sangat sedih dan merasakan tiada lagi masa depan untuk dirinya. Sinar kebahagiaan telah hilang.

Berkurun lama hidup menyendiri, si Gadis ini telah ditakdirkan berjumpa dan bersahabat dengan seorang pemuda. Kacakkah atau tampankah dia tidaklah gadis itu ketahui. Namun yang pasti pemuda itu terlalu baik dan mengambil berat akan dirinya yang malang itu. Persahabatan erat mereka akhirnya membawa kepada terjalinnya ikatan cinta antara mereka. Gadis itu sungguh bahagia berada disisi pemuda itu walaupun tidak dapat melihat wajah kekasihnya itu. 

Suatu hari, sudah tiba waktunya si pemuda melamar gadis tersebut dan mengajaknya menjadi suri dalam hidupnya. 

Pemuda    : Sayang, sudah tiba waktunya, sudah sampai saatnya, saya ingin menyatakan bahawa saya ingin melamar awak. Ingin menjadikan awak teman sehidup semati saya

Gadis       : Awak. Saya risau, dapatkah awak terima keadaan saya macam ni? sanggupkah awak hidup bersama dengan yang hina dengan kecacatan ini?

Pemuda    : Awakk. Kenapa cakap macam tu? Saya tak kisah semua tu awak. Saya ikhlas mencintai awak. Saya ingin memiliki hati awak. Saya tidak mencintai fizikal awak semata-mata.

Terharu si gadis mendengarnya, lantas menjawab;

Gadis      : Baiklah, saya terima lamaran awak. Andai esok saya boleh melihat, lusa saya akan berkahwin dengan awak. (sambil bergurau).

Beberapa hari berikutnya si Gadis mendapat panggilan daripada sebuah hospital mata, menawarkan pembedahan dan pendermaan mata percuma. Ada insan mulia sudi menderma mata.
 Ditakdirkan dapat la si Gdias melihat semula keindahan dunia ini. Orang pertama diingatinya ialah si Pemuda.

Si gadis terus menghubungi si Pemuda untuk berjumpa. Tapi......

Alangkah kecewanya si Gadis apabila mendapat tahu yang pemuda yang dicintainya selama ini adalah seorang pemuda buta. Demi masa depan yang lebih baik, si Gadis nekad memutuskan hubungan dengan si Pemuda dan menerima lamaran lelaki lain.

Masa berlalu, waktu berganti, tibalah hari pernikahan si Gadis. Dengan sekali lafaz, sah sudah si Gadis itu menjadi isteri lelaki kedua itu. 

Beberapa ketika selepas saat indah pernikahan mereka, si Gadis menerima satu keping kad ucapan tahniah berbunyi;

"Tahniah atas pernikahan awak. Saya doakan awak berbahagia sepanjang hayat. Cuma satu pinta saya kepada awak, JAGALAH MATA SAYA BAIK-BAIK. Mataku berada dalam dirimu sudah cukup buatku........" -yang selalu mencintaimu (pemuda buta)


4 comments: