Thursday, 29 September 2011

Bila Diri Disayangi

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan mangsa samun. Hari ini haa, wa tak mau celita celita bodoh ya adui. Wa mau serius, serius nya pun. Lu kalau tarak suka lu buat laa suka-suka hati hati.

Ini hali ha, wa mau celita maksud lagu. Perrggh, lu olang wa tau suka layan lagu-lagu lok kapak zaman-zaman 90 an kan. Itu pun kalau lu olang membesar di era 90an la. Kalu lu olang lahir tahun 2009, lu olang layak layan lagu Twinkel twinkel litel sta ja laa kan.

Layan luuu....


Sedap lagu nyanyian Amir Ukays nih. Tapi kan lu pernah terpikir ke apa yang nak disampaikan oleh penulis lirik lagu ni? Layan jiwang memang lagu ni untuk kekasih. Wa pon sama. Zaman dulu-dulu layan lagu ni sebab lirik dia jiwang. Macam rintihan seorang kekasih kepada kekasih.

memang benar, Ia adalah manifestasi jiwa seorang kekasih kepada kekasih tetapi kekasih ABADI iaitu Sang Pencipta, Sang Penguasa dan Sang Pengatur segala urusan di muka bumi ini.


Terdengar bisikan mesra,

kalimah keramat bermentera,
bermula siang berakhir malam ku,
tak akan ku jemu menyebut namaMu.

Kalimah keramat bermentera, apa tu?
Wa rasa ianya BASMALAH, atau kita sebut Bismillahirrahmaanirrahim.
Sebagai permulaan untuk sesuatu pekerjaan. Sebagai permulaan siang terang, penutup gelita malam.


Tiada batasan waktu,

tiada tempat mu tertentu,
di gunung di lembah di darat di air,
siapa pun hamba,
keikhlasan doa keagungan kasih,
merubah takdir,

Mesej yang sangat jelas untuk lu dan wa memahami..
Tiada batasan masa, waktu dan tempat, Engkau ada dimana-mana Ya Allah. Aku disini tetap hamba MU, mengharap belas ehsan dari MU. Kerana Engkau menentukan segala-gala. Diriku hanya mampu berdoa, kerana takdir Engkau yang menentukan.


Bila kusedari diri disayangi,

langkah kaki ini semakin berani,
bila terkeliru kuucap namaMu,
terasa diriku kembali dipandu,

Aku sedar yang diriku masih disayangi MU. Membuatkan aku semakin yakin dan pasti. Membuatkan jasadku semakin bertenaga atas nama keyakinan. Kadangkala kekeliruan itu hadir, kesesatan hampir mendekati roh. Namun atas namaMU, diriku berada dilandasan yang tepat.
 dan panduan hidup telah Engkau sediakan selengkap-lengkapnya.

Rangkap dan keseluruan lagu ini juga wa rasa merujuk kepada surah Al-Fatihah yang membawa maksud;

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai hari pembalasan.
Engkau sahaja (Ya Allah) Yang kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukkilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan yang orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai keatas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Engkau yang pertama tiada akhirnya,

aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya,
izinkahlah aku menumpang disini,
dibawah naungan kasih dan sayangMu,
ku berserah diri.....

Engkau pertama tiada akhir. Sifat Allah, iaitu tiada permulaan tiada pengakhiran. Izinkan aku menumpang di bumi pinjaman dariMU ini. Di bawah limpahan rahmat dan keberkatan serta rezeki yang Engkau kurniakan.

AKU BERSERAH DIRI, itu lah makna ISLAM.

Wednesday, 28 September 2011

Apam itu Apong

Lu olang digalakkan membaca ini celita dengan bantuan olang kelate jika lu bukan olang kelate....kehkehkeh...

Seting Masa    : Bulan Ramadhan
Seting Tempat : Bazar Ramadhan Bandar Jeli
Seting Waktu  : Petang la ngok. Bazar xdak waktu subuh!
Watak            : Zaquan dan Adi

Suatu petang Ramadhan yang hening, burung-burung pun berkicauan, pakcik jual air sedang ghairah melolong sana sini untuk melakukan jualan air mereka walaupon menyedari hakikat masa masih terlalu awal untuk umat membeli air pembasah tekak dikala berkumandangnya azan Maghrib.

Di kebingitan itu, berjalanlah dua sahabat baik. Zaquan dan Adil diberi nama. Zaquan adalah anak jati Jeli. Diberanakkan di Jeli, dibesarkan di Gua Musang tapi menetap kembali di Jeli.
Sementara Adil adalah pemuda kelahiran Ampang Kuala Lumpur tetapi sekarang menetap di Ampang Kuala Lumpur.

Mereka berdua bersahabat baik. Sama-sama belajar di Kolej Kejururawatan Metropoint. Cuti hujung minggu kali ini Adil mengikut Zaquan pulang ke Kelantan untuk merasai suasan Ramadhan di negeri Cik Siti Wan KEmbang.

Jalan punya jalan, tetiba Adil  terpandang satu gerai yang menjual Apam Balik. Terdetik di hati beliau untuk merasai apam Kelantan kerana makanan kegemaran beliau sejak tabika kemas sememangnya apam.
Bertanya lah beliau kepada Zaquan.

Adil      : Wan, apam kalau bahase Kelantan orang panggil ape ha?
Zaquan : Apam?? ohh, itu ke.. Kat sini orang panggil 'Apong'..
Adil      : Ohh, apong ke. Aku nak gi beli laa.

Bergeraklah Adil menuju ke gerai apam dengan semangat berkobar-kobar..

Adil     : Pok cikkk... (cube speaking kelate)
Pakcik : Yo awe.. nok gapo.
Adil     : Saya nak mintak ampun dua...
Pokcik : Hoh... Mu ado wak saloh gapo nge pokcik sapa nok mitok maah???


*APAM ITU APONG, BUKAN AMPON...

Sunday, 25 September 2011

Arif Budak Yang Baik


Di sebuah kampung yang diberi nama Kampung Talam Belulang, 
tinggallah satu keluarga bahagia terdiri daripada Papa, Mama dan anak tunggal mereka iaitu Arif.

Arif ialah seorang budak umur 5 tahun setengah yang sangat hiper aktif ataupun bahasa Kuala Krai dipanggil 'buah' atau buas. Tapi tak bermakna Arif boleh digolongkan dalam golongan spesis mamalia buas sepertimana harimau mahupun singa beruang.

Kenakalan Arif seringkali memeningkan kepala Papa. Kerapkali perbuatan Arif dikhalayak ramai mengundang kemarahan Papa dan Mama. Di rumah senang cerita je, kalau buat perangai, cubitan dan godaman sayang pasti akan diterima. Tapi kalau di luar berhadapan masyarakat, Papa akan menggunakan teknik lain. Jelingan tajam saja sudah cukup untuk menggerunkan Arif. 

Jika bershoping di pasaraya, Arif mempunyai hobi iaitu mengambil apa-apa saja benda yang dia suka. Jika disedari oleh Papa disusuli dengan jelingan maut beliau, Arif perlahan-lahan akan meletakkanya kembali ke tempat asal. Itulah dia Arif....

Suatu hari, Papa membawa Arif bersolat tarawih di sebuah masjid. Oleh kerana jemaah di masjid pada hari itu tak ramai, mereka dua beranak dapat laa bersolat di saf paling depan. Dah la paling depan, belakang pulak Tok Imam. 

Dipendekkan cerita, rakaat pertama berlalu dan Imam bangun berdiri setelah sujud. Di mata Arif, ada sesuatu yang tidak kena. Dia memandang tepat ke arah bontot Tok Imam. Kain pelikat Tok Imam terselit di celah-celah bontot beliau. Pada perkiraan Arif, sesuatu harus dilakukan untuk menyelamatkan Tok Imam. Setelah berfikir panjang, Arif perlahan-lahan menghulurkan tangannya dan menarik kain yang terselit di celahan itu. Lega Arif, kerana beliau telah berjaya menyelamatkan Tok Imam dari mendapat malu.

Perbuatan Arif rupa-rupanya disedari oleh Papa. Masa tu Papa dah tak khusyuk dah. Dilontarnya satu jelingan tajam dan maut ke arah Arif. 

Arif sedar yang dia sedang distering oleh Papanya. Kalau Papa jeling macam tu, mesti ada yang salah. Mesti ada yang tak betul di tempat yang tak betul. Kirenye perbuatan dia tadi salah laa ye. Kene betulkan balik nih..

Lantas, menggunakan jari jemari beliau, Arif mencucuk bontot Tok Imam untuk meletakkan kembali selitan kain di celahan yang sepatutnya seperti tadi...

TERSENTAK TOK IMAM !

Thursday, 22 September 2011

Terima Kasih Segalanya

Lu olang minat nyanyi?
Lu olang ada buah ati?
Lu olang tujukan lagu ini..
Baikk punya iiiiii.... !


Naik Basikal

Naik basikal pergi ke Sabah,
Pergi ke Sabah naik basikal,
Adakah munasabah?
Pergi ke Sabah naik basikal....

pantun bodoh dari penyamun.....



Gambaq x perlu wa mintak izin. Dah penyamun kan...

Tuesday, 20 September 2011

Manisnya Gadis Itu...

Semalam, selesai tugasan seharian sebagai seorang penyamun, wa menapak di kedai makan. Kedai makan biasa je. Penyamun x makan kat hotel. Sedang wa lepak makan dengan kawan samunan wa, wa terperasan kat meja depan wa tu ada sorang gadis chantek bersama kawannya yang tak berapa chantek. Biase laa kan, orang chantek selalu berkawan dengan orang tak chantek. Motifnye, xnak orang lain pandang kawan dia chantek. Bia dia sorang je nampak chantek. Ada unsur ilusi optik disitu...

Tapi gadis itu serius chantek. Serius beb, terlopong laa wa pandang dia. Berbaju kurung putih suci, bertudung ayu kaler ijau pucuk pisang. Makan sopan santun. Berbeza dengan kawan beliau yang agak ganas masa makan. Sesuai laa ngan orangnya ye dak.

Wa sambung celita terlopong. Memang beb ! sehingga entri ini ditulis, wa masih terlopong teringatkan keayuan dan kechantekan beliau. Perggghhhh, chantek ya amat.


Celita mata, memang mata wa tak berkelip laa. Asyik pandang dia je. Makan pun wa lupa macam mana nak suap nasik guna jari. Lupe gune jari yang mana. Sudahnya wa suap nasik guna jari anak gabung ngan jari telunjuk. Susahhh wooo, tapi wa telan jugak.

Ekceli la kan, ada sesuatu yang lain penampilan gadis tu dari pandagan wa. Lain beb. Lain bebenor kate orang Manjong. Wa usha punya usha, akhirnya saat yang wa nanti telah tiba. Gadis itu sama ada sengaja atau tak sengaja pandang muka wa. Uhuk uhuk, terbatuk 14 wa saat itu. Ada gadis pandang muka wa. Memang syok giler la. Muka wa ni memang jarang laa orang pompuan nak usha. Tak hensem, jambang x terurus, mata merah sebelah, rambut depan kerinting belakang botak. Stended penyamun laa kan... Memang bonus laa kalo ada yang pandang jugak. 

Berbalik kepada celita gadis yang unik ni, wa terussssss pandang. Sesekali gadis itu menjeling balik. Wa memang syiookk tak hengat dah. Sekali lagi dia pandang wa, wa nak ukir secebis senyuman kat dia.. Yessss, dia pandang lagi dan otometikeli senyuman manis wa ukir. Walaupon wa tak reti senyum. Yang best tak hengatnya, dia senyum balik tauuu.. Wa rasa wa tak bertepuk sebelah tangan dah. Kali ni wa nekad, sekali lagi dia senyum wa akan jalan dengan selamba untuk ke meja beliau.

Meme r.. Meme gadis chantek itu senyum kat wa. Hati wa membuak-buak. Wa perlu ke mejanya untuk mengatakan sesuatu yang terbuku di hati wa ini. Perasaan ingin berkata-kata ini perlu wa lunaskan jugak agar ia tidak jadi satu penyesalan dalam diri wa kelak. Wa check line, usha buat kali penghabisan, senyuman si gadis tu bertambah manis, bertambah-tambah manja. Seolah-olah memanggil-manggil wa ke meja beliau secepat mungkin..

Tanpa berfikir panjang wa terus berjalan gaya Christiano Ronaldo ke meja beliau. Muka wa masa tu wa dah kontrol abis-abisan. Nampak persis Aaron Aziz kalo lu orang tengok. TEruussss wa ke meja yang mengambil masa 8 saat tidak termasuk masa bangun dari kerusi. 

Ketibaan wa ke meja beliau disambut dengan satu lagi senyuman manja menampakkan barisan gigi beliau yang tersusun rapi dan menunjukkan yang beliau menerima wa dengan hati terbuka. Wa nekad.. Wa nak luahkan jugak !

"Errmm, cik. Maaf ye, gigi cik adik ada kulit lada laa. Besar woo, besar penumbuk... HAHAHAHAHAHAHA"......

Wa kembali ke meja wa untuk menyambung hidangan yang tak habis lagi. Selesai tugas wa.







Monday, 19 September 2011

Politik... Arrrgghhhh...

Salam satu Malaysia, salam satu nusantara..

Alo abang2 dan kakak2 sekalian. Assalamualaikum..

Ni wa nak tanya, lu olang ada minat politik? 
Politik, apa-apa yang ada kaitan ngan politik.

Wa bukang nak nyembang pasai politik. Wa minat laa jugak dulu, tp wa tengok sekarang politik negara  kita dah laen macam laa. Kuasa politik hebat tau...Lu sedar ka x sedar ka, kuasa politik memang terrrrrlampau hebat.

SEBAB POLITIK LU DAN WA BERPERANG,
SEBAB POLITIK LU DAN WA BERLAINAN FAHAMAN,

SEBAB POLITIK, SEJARAH SUKE-SUKE ATI BOLEH BERUBAH...

harharharharhhhhhhh....

Friday, 16 September 2011

SELAMAT HARI MALAYSIA


Selamat Hari Malaysia dan selamat hari Jumaat. Penghulu segala hari.


Kepada lu orang yang mempunyai IC biru, ada surat beranak, skolah rendah dari darjah satu sampai darjah nam di skolah kerajaan, dapat buku teks percuma, dapat lagi air kotak free program susu sekolah,. Then masuk sekolah menengah dapat pulak biasiswa BKP, dapat duk asrama free, dapat pulak la macam-macam. Tahniah, lu orang rakyat Malaysia yang beruntung.

Jadi apa salahnya, panjat kesyukuran. Ucap Alhamdulillah bukannya susah pun kan. Bersyukurlah, kerana bukan semua manusia di dunia ni dapat nikmat macam tu.

Tidak kira lu sokong parti kaler apa, lu sokong pemimpin muke kaler macam mane, yang penting lu orang tetap rakyat Malaysia. Orang Angola tak bace blog gua nih !

SELAMAT HARI MALAYSIA 

Thursday, 15 September 2011

Angry Birds Cinematic Trailer


haaa.. Games memamg femes. Dari budak kecik sampai ke orang tua. Game burung pemarah yang menentang geng babi ijau. Tapi x ramai sbenanya yang tau kenapa marah sangat geng burung ni kat natang ijau tu.. hahaha...

Wednesday, 14 September 2011

Butakah Cinta...


Seorang gadis mengalami kemalangan menyebabkannya hilang deria penglihatan anugerah Tuhan. Dia sangat sedih dan merasakan tiada lagi masa depan untuk dirinya. Sinar kebahagiaan telah hilang.

Berkurun lama hidup menyendiri, si Gadis ini telah ditakdirkan berjumpa dan bersahabat dengan seorang pemuda. Kacakkah atau tampankah dia tidaklah gadis itu ketahui. Namun yang pasti pemuda itu terlalu baik dan mengambil berat akan dirinya yang malang itu. Persahabatan erat mereka akhirnya membawa kepada terjalinnya ikatan cinta antara mereka. Gadis itu sungguh bahagia berada disisi pemuda itu walaupun tidak dapat melihat wajah kekasihnya itu. 

Suatu hari, sudah tiba waktunya si pemuda melamar gadis tersebut dan mengajaknya menjadi suri dalam hidupnya. 

Pemuda    : Sayang, sudah tiba waktunya, sudah sampai saatnya, saya ingin menyatakan bahawa saya ingin melamar awak. Ingin menjadikan awak teman sehidup semati saya

Gadis       : Awak. Saya risau, dapatkah awak terima keadaan saya macam ni? sanggupkah awak hidup bersama dengan yang hina dengan kecacatan ini?

Pemuda    : Awakk. Kenapa cakap macam tu? Saya tak kisah semua tu awak. Saya ikhlas mencintai awak. Saya ingin memiliki hati awak. Saya tidak mencintai fizikal awak semata-mata.

Terharu si gadis mendengarnya, lantas menjawab;

Gadis      : Baiklah, saya terima lamaran awak. Andai esok saya boleh melihat, lusa saya akan berkahwin dengan awak. (sambil bergurau).

Beberapa hari berikutnya si Gadis mendapat panggilan daripada sebuah hospital mata, menawarkan pembedahan dan pendermaan mata percuma. Ada insan mulia sudi menderma mata.
 Ditakdirkan dapat la si Gdias melihat semula keindahan dunia ini. Orang pertama diingatinya ialah si Pemuda.

Si gadis terus menghubungi si Pemuda untuk berjumpa. Tapi......

Alangkah kecewanya si Gadis apabila mendapat tahu yang pemuda yang dicintainya selama ini adalah seorang pemuda buta. Demi masa depan yang lebih baik, si Gadis nekad memutuskan hubungan dengan si Pemuda dan menerima lamaran lelaki lain.

Masa berlalu, waktu berganti, tibalah hari pernikahan si Gadis. Dengan sekali lafaz, sah sudah si Gadis itu menjadi isteri lelaki kedua itu. 

Beberapa ketika selepas saat indah pernikahan mereka, si Gadis menerima satu keping kad ucapan tahniah berbunyi;

"Tahniah atas pernikahan awak. Saya doakan awak berbahagia sepanjang hayat. Cuma satu pinta saya kepada awak, JAGALAH MATA SAYA BAIK-BAIK. Mataku berada dalam dirimu sudah cukup buatku........" -yang selalu mencintaimu (pemuda buta)


Sunday, 11 September 2011

Cerita Bohong

Alkisah tersebutlah kisah, suatu masa dahulu di dalam negeri Panah Berhantu. Arakian, negeri ini letaknya juga bersebalahan dengan negeri Isketambola yang diwar-warkan oleh P Ramlee yang sampai sekarang tidak mampu dijumpai oleh laskar-laskar Uncle Sam mahupun google earth yang dicipta oleh puak-puak gelobal itu..

Adapun di negeri itu wujud seorang raja yang selalu hidup dalam keadaan bosan. Kadang-kadang baginda rasa menyesal kenapa dilahirkan sebagai raja. Pernah juga kadang-kadang Raja itu mahu mendaftar sebagai pengguna Muka Buku atau nama penjajahnya Facebook. Nak sign up, baru baginda teringat yang zaman itu masih belum ada apa yang dinamakan rangkaian sosial itu. Jalur lebar pun belum ada. Tapi macam mana dia tetiba terpikir nak sign up? entah. Abaikannn..

Suatu hari, untuk menghilangkan kebosanan setelah gagal mengsign up facebook, beliau memanggil setiausaha sulit beliau lantas mengarahkan s/u yang berdedikasi itu mengeluarkan satu memo panggilan kepada rakyatnya untuk menyertai satu pertandingan bercerita. Syarat utama pertandingan bercerita ini ialah cerita yang disampaikan mesti cerita bohong. Mesti bohong. Wajib! kalau cerita tu tak bohong, automatikeli peserta akan diskualifaid.

Berminggu-minggu sesi kelayakan diadakan. Pertandingan diadakan secara kelayakan kumpulan. Dibahagikan kepada 3 kumpulan. Juara kumpulan akan layak ke final. Seperti biasa, aksi akhir akan diadili sendiri oleh Raja.

Masa yang dinantikan sudah tiba. Seluruh rakyat berkumpul di Stadium Nasional Panah Berhantu yang letaknya di Bukit Hantu Pari. Syarat pertandingan akhir macam biasa iaitu cerita mestilah bohong. Pemenang akan ditentukan apabila Raja menyebut dan mengakui yang cerita itu sebenar-benarnya bohong.

Tiba giliran peserta pertama-

PESERTA  1 :
Assalamualaikum dan salam satu Panah Berhantu. Cerita yang nak hamba ceritakan ini memang bohong. Ia semuanya adalah berkaitan dengan hidup hamba. Hamba sebenarnya bukan manusia biasa. Hamba ialah jelmaan makhluk asing dari Planet Jingga yang datang ke bumi 3 tahun lepas menggunakan perkhidmatan LRT Star yang disokong oleh servis Touch n Go. 
APabila mendarat di bumi hamba meminjam kereta lumba Ferrari F1 yang pernah digunakan oleh Michael Schumacher untuk datang ke negeri Panah Beracun. Perjalanan hamba menggunakan Ferrari tersebut melalui 7 benua didunia dan merenangi 7 laut dan lautan serta selat-selat utama dunia termasuklah Selat Tebrau. Sebelum itu sempat jugak hamba singgah di Pantai Dalam. Pekena Nasik Kukus D'Naem. Best wooo...
Semasa memandu Ferrari di Lautan Pasifik hamba terlah terlanggar seekor tenuk laut yang sedang main kejar-kejar dengan seekor ikan duyung wajah persis Lisa Surihani. Tenuk laut itu mati, lalu hamba mengambil ikan duyung itu untuk dijadikan sarapan pagi memandang RnR di Lautan Pasifik ketika itu masih belum dibuka bagi menghormati bulan Ramadhan.
Setelah beberapa minit hamba sampai ke negeri ini. Bohong tak cerita hamba????

RAJA     : Menarik cerita kamu. Beta percaya ! Ok, next. Peserta kedua.

PESERTA 2:
Assalamualaikum, peace yaww !
Nama patik ialah Albert Grenomayor. Patik ialah keturunan Albert Einsten yang mencipta berus jamban pertama di dunia. Datuk patik Albert Bush ialah bekas Sultan di negara Orang Putih. MEmandangkan datuk patik seorang raja, secara otomatiknya, patik juga ialah raja.
Namun patik tak mau jadi raja. Patik lebih suka hidup sebagai orang biasa. Sekarang patik bekerja di sebuah ladang burung unta yang dibina khas di ruang legar panggung wayang Mid Veli.
Menariknya tuanku, burung unta di ladang patik sangat ajaib. Burung-burung unta itu kalau mengandung ia hanya mengambil masa beberapa hari saja. Kemudian keluar telur. Yang lagi menarik, pabila bertelur, yang keluar itu bukan telur biasa. Ianya telur emas. Yang lagi lagi menarikkkk giler tak hengat, apabila telur itu menetas, keluar pulak cash money. Jadi patik selalu paksa burung-burung unta hamba mengandung secara beramai-ramai. Tuanku bayangkanlah, burung unta patik jumlahnya sebanyak 5789235 ekor. Jadi dalam tempoh 3 hari, apabila mereka bertelur dan menetas dan mengeluarkan cash money 50 keping rm50, tuanku kira sendiri laa berapa pendapatan patik. 
Itu belum lagi patik cerita kisah isteri patik yang boleh memasak sambil berenang dalam keadaan menyusukan anak....

RAJA      : OK, dah laa tu. Beta percaya semua cerita kamu itu. Kamu memang hebat. So, macam mana dengan cerita peserta ketiga.

PESERTA 3 :
Ampun Tuanku beribu ampun. Sembah patik harap diampun. Izinkan patik ceritakan kisah sebenar. Cerita ini tidak bohong tuanku. Ampun Tuanku.

Semalam patik ke kebun getah patik. Dalam sayup-sayup irama unggas rimba, patik singgah la di pondok buruk tempat patik simpan pisau toreh. Tiba-tiba patik terdengar suara perempuan mengerang dari dalam pondok. Patik ingatkan ada orang dalam kecemasan. So, patik intai la. Alangkah terkejutnya patik apabila mendapati di dalam nya ada seorang perempuan sedang berbaring mengerang keenakan tanpa seurat benang pun. Dan diatasnya ada seorang lelaki. Mereka sedang berasmara di pondok patik Tuanku.


Dan perempuan itu adalah Permaisuri Tuanku. manakala lelaki itu ialah setiausaha sulit Tuanku. sekian..

RAJA: BOHOOOOOOOOOOOOOOOOOOONNNGGGG !!