Saturday, 31 December 2011

Sembang Tahun Baru



Salam 1Penyamun dan Salam Tahun Baru 2012.

Pejam celik guling-guling, tup tap dah pun sampai kita ke penghujung rancangan. Oh, i mean penghujung tahun dalam kalendar orang putih. Hari ni 31 Disember 2011, maknanya hari ini ialah hari terakhir untuk tahun 2011. Esok tahun baru menjelma. Ok, wa janji ngan lu orang semua, wa tak nak update blog dah untuk tahun ni !

Bila bercakap pasal tahun baru, tak dapat tidak, kita akan membicarakan tentang azam tahun baru. Di mana-mana medium sekalipun, baik soalan seorang cekgu kepada anak muridnya, soalan DJ radio kepada rakan setugasnya hatta pendengar yang menghubunginya, hatta taipan-taipan diri sendiri untuk menjawab soalan facebook "what's on your mind" dan disohihkan dengan status 
"Tahun baru ni aku berazam untuk bla bla bla blaaa....", " aku juga  mau bla, blaa, blaaa, kambing beranak kembar, bla bla blaaa, pasang stereng kete kat handle moto bla bla blaa, mau rambut sikat tepi sebelah kiri bla, blaa, blaa, mau berenti bila lampu isyarat nyala kaler merah... " Dah full stop!

Wa sebenanrnya malas nak berazam. Sebab dah hampir separuh abad wa idop kat dunia ni, tak pernah satu pun azam tahun baru wa terlaksana. So, apa kata kita tukar azam tahunan itu jadi azam harian. Haha, cantek tak? Sebelum tidur tu azam siap-siap, "pagi esok yang hening, aku nak bangun sebelum bilal kat masjid depan umah ni tekan suis on mikropon. Kalo dia tak tekan on jugak, aku yg gi tekan suis dan secara tak langsungnya aku yang akan mengkumandangkan seruan azan..yukk".. Menjelangnya pagi esok, andai terlaksana azam tu, tetapkan azam yang baru, "Pagi ni aku nak gi keje awal. Nak sapu sampah kat opis, nak lap meja aku dan staf-staf lain. Termasuklah meja Kak Som Jamaliah Kepoh kat tepi meja aku ni. Mudah-mudahan aku tergolong dalam golongan orang yang rajin dan mencintai kebersihan..." kehkehkeh...

SELAMAT BERAZAM dan SELAMAT TAHUN BARU 2012

gambar tak ade kaitan...

Saturday, 24 December 2011

Misteri Kambing Jadi-Jadian


Jamsul menggosok-gosok rambut beserta kulit kepalanya dengan kasar. Ditarik ke belakang, digaru ke kiri, direntap ke kanan, kemudian dihambur ke hadapan. Rambut-rambut gugur milik Jamsul bertaburan diatas meja plastik warung Kak Senah Kebaya yang beralaskan tikar getah corak petak bewarna biru air laut. Dirapat-rapat dan didekat-dekatkannya. 

     “Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh, sebelas, dua belas. Dua belas semuanya” bilang Jamsul mengira jumlah helaian rambutnya yang gugur. Begitulah rutin harian Jamsul setiap pagi di warung Kak Senah Kebaya sebelum dia memesan minuman sebagai sarapan paginya. Jumlah dua belas helai rambut yang gugur merupakan satu pencapaian cemerlang buat Jamsul kerana biasanya sebelum ini helaian yang luruh kadang-kala melebihi angka dua puluh. Bukan sebab makanan tambahan, magnesium glutamat misalnya. Bukan. Itu bukan penyebab utama. Yang menjadi sebab musabab ialah datuk-nenek Jamsul sendiri. Arwah bapaknya Haji Bakarus, belum pun mencecah usia pencen dari Polis Di Raja Malaysia, kepala beliau sudahpun membawa imej bukit yang sudah gondol. Ditambah pula dengan cahaya terang dari lampu spot light dari dahi depan. Sudah cukup untuk orang kampung menggelarnya Bakarus Matahari. Cerah masa depan kata mereka. Kini, anak tunggal beliau pula yang mewarisi anugerah sedemikian setelah berangkatnya beliau ke Rahmatullah. 

     “Jamsul, kau nak minum apa?” pekik Kak Senah Kebaya dari belakang warung sebaik sahaja selesai urusan pengiraan rerambutnya. 

     “Macam biasa Kak Senah” sahut Jamsul. 

     “Macam biasa tengkorak engkau Jamsul. Kau tiap hari kat sini mana ada yang tetap. Tiap hari kau pesan minum lain-lain” balas Kak Senah kembali. Ada betulnya kata Kak Senah. Jamsul bukan macam pelanggan lain yang hanya setia pada satu-satu jenis minuman sahaja. Kopi Jantan misalnya. Tidak bagi Jamsul. Minuman yang dipesan kadang-kadang teh o, kadang-kadang teh tarik, ada juga masanya dia pesan milo suam, tidak kurang juga bila datang bengongnya dia akan pesan minuman sejuk di pagi hari. Teh O Ais Tembikai misalnya... 

     “Oh, ye ke. Kalau macam tu bagi saya Nescafe Ais Laici la Kak Senah” jawab Jamsul mengesahkan pesanannya secara serius menunjukkan kepada umum yang saat bengong sudah masuk ke dalam kepalanya untuk detik ini. Paling kurang sekali dalam seminggu penyakit biul tu akan datang dengan sendiri ke dalam diri Jamsul tanpa perlu bersusah payah mencarinya. 

     Sementara menunggu air siap, Jamsul mengangkat tudung saji di hadapannya. Terhidang di bawahnya beberapa jenis kuih. Karipap sejuk, kuih lapis dan kek pisang ternyata ada. Dicapainya kek pisang sebesar penumbuk bayi 4 bulan setengah itu lalu disuap sekali gus ke dalam mulut mungilnya. Umum mengetahui bahawa Jamsul memang minat sangat dengan kek pisang. Malah, segenap lapisan masyarakat Kampung Tirok Muda sudahpun mengetahui secara jelas yang Jamsul merupakan ahli seumur hidup Persatuan Penggemar Kek Pisang (PERPENGKESANG) cawangan Pantai Timur Malaysia. Malah, dalam Facebook pun, Jamsul adalah antara orang yang bertanggungjawab membina muka surat atau page PERPENGKESANG yang kini sudahpun menerima Like sebanyak 725726 dari pengguna-pengguna Facebook, jauh sudah melebihi jumlah Like yang diterima oleh Najwa Latif yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku. Buku teks ke buku bank, itu tidak dapat dipastikan kesahihannya. 

     Nun dari kejauhan sana kelibat Pak Kassim terkocoh-kocoh datang dengan muka yang agak risau secara serius. Entah apa yang sedang dirisaukan oleh beliau merupakan satu persoalan yang ingin segera diselesaikan oleh kaki warung yang sedang bersantai di warung Kak Senah ketika ini. 

     “Apa hal nya Pak Kassim? Macam ada masalah aje” tegur si Leman Panjang. Panjang si Leman bukanlah terletak pada tubuh badannya. Bukan juga terletak pada akal fikirannya. Panjang gelaran diberi hanya kerana telinganya panjang sebelah kanan. Panjang berjuntai ke bawah seperti orang-orang Afrika menindik telinga dengan menggantung logam-logam berat. Menurut cerita orang tua, teling Leman panjang sebelah adalah bahana mesin pemerah tebu. Kurang pasti kesahihan ceritanya tetapi yang banyak tersebar diseantero komuniti kampung Tirok Muda ialah versi Leman ditarik mesin tersebut semasa dia cuba mendengar bunyi mesin itu secara dekat. Telinga didekatkan dengan mesin sebab kawan-kawan Leman masa tu duk bercerita yang dalam mesin tu ada jembalang. Itu sebabnya batang tebu yang keras tu boleh tiba-tiba bertukar jadi air. Bingai tahap dewa agaknya, itu yang dia tekapkan telinga untuk mendengar jampi serapah hantu jembalang tanah yang ada dalam mesin tersebut. Sudahnya, sampai ke abad ke 21 ini, telinganya masih kekal berkeadaan begitu. Kesian. 

     “Kambing ! Kambing kau Leman”, Pak Kassim masih termengah-mengah mahu menyampaikan berita sensasi. Terhalang pula oleh cungap-cungap nafas mencari segumpal oksigen. Berebut-rebut. Lidah nak cakap, hidung pun nak oksigen. Tak reti nak bersabar agaknya. 

     “Kenapanya ngan kambing saya Pak Kassim?”. Leman cuba menjalanpintaskan berita sensasi hiburan terkini yang mahu disampaikan. Tidak mahu memberi sebarang ruang untuk iklan agaknya. 

      “Kambing kau. Kambing kau Leman. Kambing kau dah hilang !!!..”


-----------------------------------------------------------------------------
Arghhh, takde idea dah wa nak merapu. Wa sambung lain kali lah cerpen tahap lutut ni.

Friday, 16 December 2011

Tips Untuk Lelaki Tak Hensem



Tips bagi yg merasa sebagai lelaki tak hensem termasuk diri wa...

1. Jangan putus asa, tidak semua orang menilai manusia dari fizikalnya, boleh juga dinilai dari rumahnya, keretanya, pangkatnya, atau wang simpanannya ^^
DONT JUDGE THE BOOK BY THE COVER

2. Jangan salahkan diri anda kalau anda tak hensem, salahkanlah orang tua, kerana tak hensem itu
keturunan.. iya kan??
LIKE FATHER LIKE SON

3. Perbaiki kecantikan dalaman anda, itu kalau berasa sisi luar anda memang hampeh.
THE BEAUTY IS UNDER THE SKIN

4. Jgn sakit hati kalau dikatakan tak hensem, buat **** jer, ingat film Beauty and The Beast kan?
NO GAIN WITHOUT PAIN

5. Jadilah diri anda sendiri, kalau anda tak hensem, bersyukurlah. Mungkin kalau anda hensem
anda akan banyak dosa
JUST BE YOURSELF

6. Kalau orang lain menilai anda tak hensem, jangan ambil hati, penilaian manusia tidak selalu
benar (mungkin anda sebenarnya lebih tak hensem lagi huhu)
THE TRUTH IS OUT THERE

7. Yang cakap tak hensem itu bergantung kepada alam sekitar anda,misalnya anda disini tak hensem tapi di Afrika boleh jadi paling hensem tu bro, makanya pindah ke sana aja hehehehe
THE RIGHT MAN IN THE WRONG PLACE

8. Cinta tidak memandang hensem atau tak hensem. Tak percaya? Tanyakan perkara ini kepada orang yang tak hensem
LOVE IS BLIND

Kalau anda membaca tips ini sampai habis, bererti anda memang merasakan anda tak hensem..
Kalau anda sendiri rasa diri anda tak hensem, apalagi orang lain melihat anda.
Jangan menganggap kalau anda merasa tak hensem itu anda low profile,
percayalah..orang lain pun akan setuju dgn pendapat anda
jadi percayalah pada kata hati anda (kalau anda tak hensem)

*Artikel ni wa pau dari sebuah forum.. Nak bagi kredit tp wa tengok banyak sangat sumber. Blog itu, blog ini tak ade sumber sahih. So, wa songlapkan saje kredit dia boleh tak. Kredit untuk PENULIS ASAL !
dari wa yang tak hensem..

Wednesday, 14 December 2011

Leleh Berombak Rindu

Waah, satu negara sedang dilanda fenomena filem ONGBAK  OMBAK RINDU. 
Wa sebagai seorang penyamun bertauliah, memang tak laa nak tengok cite canggini. Wa siap mencerca lagi kawan-kawan wa yang ajak gi tonton cite ni. Memalukan kaum laa kate wa. Malukan keturunan segala bagai.

Tapi kan, semalam wa tewas. Terpedaya serta terpengaruh dengan ajakan besfrem. Dalam keterpaksaan, wa melayan cite arahan Osman Ali ni. Dah pasang niat siap-siap, aku x akan tergoda ngan jalan cite die. Tergoda ngan Lisa Surihani mungkin. 

"Tuhan tolong, lembutkan hati dia..."


Mula je tayangan, wa menten rilek. Tiada yang perlu dikagumkan. Macam biasa, cam cite melayu lain. Cam Tentang Dhia, cam Soffiya, cam Cinta Elisa.. Tapi bile masuk part keikhlasan Izah (Maya Karin) yang merayu rayu minta Aris (Aaron Aziz) menikahinya, disitu ketacingan bermula. Tersentuh dengan keikhlasan dan redha dalam dirinya. Wawawahhh, wa pandang kiri kanan masing-masing dah leleh. Wa tak ade laa leleh kat mata, leleh dalam ati sudeyh..

Keseluruhan, terbaik ! Wa cakap terbaik sebab ini kali pertama wa tgk cite cinta air mata kat wayang... Tau kat nenek wa, mampus kene kutuk nih... sekian..

"REDHA ITU IKHLAS, PASRAH ITU MENYERAH"...

Friday, 9 December 2011

Menatang in My Life

Assalamualaikum dan salam 1samun..

Rini wa nak cite sal menatang. Menatang yang wa respek dalam idup wa. Ada 3 jenis menatang yang wa betul teruja bila tengok. Pertama, kunang-kunang atau dalam bahasa inggerisnya kita panggil firefox firefly. Wa teruja tengok kunang-kunang ni dari kecik lagi, sebab menatang ni ada sistem pencahayaan sendiri. Lampu ceross geriliss..Hebat betul menatang ni. Lagi hebat Allah yang mencipta beliau. Subhanallah...


Menatang kedua yang wa teruja ialah lintah. Pertama kali wa jatuh cinta dengan lintah ni wa ingat masa wa ukur 5 taun. Arwah datuk wa bawak wa gi mandi sungai. Tengah syok berendam dan berkubang, wa rasa ada sesuatu yang mengusap-ngusap kulit peha wa yang gebu secara romantik dan secara serius. Memula rasa geli-geli gitu, pastu rase fenik apabila benda yang menggoda-goda peha wa tu rupenye seekor lintah yang lagi gebu dari kulit wa yang memang gebu. Apa lagi, wa menjerit dan menangis secara berganti-ganti lah sebagai satu simbol meminta pertolongan. Terpaksa arwah datuk wa gunekan pisau untuk removekan menatang degil tu dari kulit. PErrgghh, meleleh-leleh darah.. 

Apa yang respeknye? Hehe, ekceli wa respek lintah ni sebab dia takde kaki, takde tangan, takde mata tapi mampu mengepau darah manusia dan segala jenis mamalia lain.


Binatang ketiga yang wa respek ialah Kambing. Yang ini tak ada penjelasan kenapa wa suka kambing. Dari kecik sampai sekarang wa suka kambing tapi tak pasti mana kehebatan kambing ni. Cume yang pasti kambing ialah seekor menatang yang malas mandi !


Apapun kan, semua makhluk yang dicipta Allah ada kepentingan masing-masing dalam sistem dunia ini. Hatta seekor nyamuk sekalipun, ianya penuh dengan rahsia penciptaan alam ini. Subhanallah.

SAYANGILAH MENATANG.

Tuesday, 6 December 2011

Mati Hidup Kembali



Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi

Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Pendirian tiada kusangka
Tak mengapa oh tak mengapa

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawakan kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Agar sepenuh dengan pendirian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya

Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan

Friday, 2 December 2011

Tutup Aurat VS Bungkus Aurat

Hari ni wa nak bagi kuliah. Memandangkan hari ni hari Jumaat kann. Wa nak cerita sikit tentang aurat. Wa dapat ilham nak cerita ni setelah wa denga ceramah dari sorang ustaz. Jadi, wa komposkan cite ni untuk senang paham apa beza tutup aurat dan bungkus aurat.


Suatu pagi, Ustaz Hussin sedang berbual-bual dengan anak perempuannya, Amira yang berumur 5 tahun di meja makan kat rumah sambil melayan teh panas dan nasik lemak yang dibelinya dari warung Pak Korsan.

Amira : Assalamualaikum ayah. Boleh Mira tanya sesuatu tak? Saya ada kemusykilan la.

Ustaz  : Waalaikumusssalam. Nak tanya apa tu nak?

Amira : Ni berkenaan dengan tutup aurat. Mira nak tahu kenapa, berpakaian ketat tu tak dikira sebagai pemakaian yang sempurna sedangkan orang tu tutup aurat. Dari kepala sampai ke kaki, semuanya tutup yah..

Ustaz  : Oh, ini ke kemusykilannya. Nakk, berpakaian tutup aurat tetapi ketat sehingga menampakkan bentuk badan itu sebenarnya dikira berpakaian tetapi telanjang. Tak sempurna sebenarnya pemakaian sebegitu bagi kaum perempuan.

Amira : Kenapa tu ayah? Mira tak faham lah.

Ustaz  : Mira, kaum perempuan ni adalah satu ciptaan Allah yang sangat unik. Keunikan dan kesucian perempuan sememangnya perlu disorokkan dari pandangan mata orang yang tidak berhak keatasnya. Berbalik kepada soalan Mira tadi, ada beza sebenarnya konsep menutup aurat yang kita bincangkan tadi. Pertama, menutup aurat dengan sempurna dengan pakaian longgar itulah dia TUTUP AURAT. Yang satu lagi tu, pakai ketat-ketat kita tak panggil tutup aurat nakk. Itu kita panggil BUNGKUS AURAT..

Amira : Errkkk.. (lagi tak paham). Tutup aurat? Bungkus aurat??

Ustaz  : Camni la Mira. Tengok sini 


(sambil memegang tudung saji diatas meja dan menutup semua makanan serta minuman yang ada diatas meja)

Ustaz  : Mira boleh nampak tak apa yang ada terselindung di sebalik tudung saji ni?

Amira : Tak. Tak nampak yahh.

Ustaz  : Tak nampak kan. Baik, sekarang tengok ni.
(membuka tudung saji, dan menunjukkan bungkusan nasik lemak).

Amira : Itu nasik lemak yahh..

Ustaz  : Haa, sekarang dah nampak ke belum apa beza TUTUP dan BUNGKUS? Dalam tudung saji tadi kita tak boleh nampak apa yang ada kat dalam tu walaupun kita kadang-kadang tahu. Tapi kita tetap tak boleh nampak apa yang ada. Macam itu lah konsepnya dengan TUTUP AURAT.

Berbanding dengan  contoh nasik lemak tadi. Ianya berbungkus cantik. Sebagaimana cantik dan elok ia berbungkus pun, kita tetap tahu yang itu adalah nasik lemak berdasarkan bentuknya. Macam itu lah konsepnya dengan BUNGKUS AURAT.


Jadi, jom TUTUP AURAT, jangan BUNGKUS AURAT


Saturday, 26 November 2011

Sejak Ada Fesbuk / Muka Buku


Sejak ada Fesbuk ni kan, wa duk perati tengok banyak giler kot perubahan melanda umat manusia ni. Dah jadi macam satu kewajipan kan, sesiapa yag berstatus manusia wajib ada fesbuk. Budak skolah, cekgu skolah, makcik pakcik, pak menteri, selebriti toksah cerita la kan. Semua ada fesbuk... Mungkin Jabatan Pendaftaran Negara patut masukkan skali ID fesbuk dalam rekod kad pengenalan. Mungkin laaa...

Sejak ada Fesbuk ni kan, populariti laman blog sudah merosot teruk. Merudum kot. Pembaca dah makin kurang, pengomen dah xde. Kalo ada pun blog-blog sensasi ramai laa. Itu pun komen VIA fesbuk. Aduyaiii...

Sejak ada Fesbuk, populariti forum online pun turut sama merosot. Dah takde dah kaki-kaki forumer tegar. Nak berdebat cara ilmiah pun dah x semeriah dulu. Kat Fesbuk??? ada ilmiahnya. 2 komen cukup, pastu yang bawah2 tu dah melalut-lalut lari dari topik asal. Tetiba tag kawan tu kawan ni masuk topik lain. Mengarut !

Sejak ada Fesbuk ni, fitnah dah tak ade sempadan.

Sejak ada Fesbuk ni kann, ada Najwa Latif !

Sejak ada Fesbuk ni kannn, wa tengok kemunculan ustaz dan ustazah online semakin meningkat. Saling ingat mengingati keluar hadis itu ini. Bagus laa. Satu penggunaan dakwah cara baru. Cume yang tak bagusnya wa tengok, kemain lagi keluar hadis tapi diri sendiri tak terjaga. Ini kisah kawan fesbuk wa laa. Pompuan. Tiap malam sebelum tdo akan ada hadis-hadis tertentu nasihatkan orang lain. Tapi wa usha foto dia, boleh tahan. Dedah sana sini.. Bagus laa kan.

Sejak ada Fesbuk ni kannnnnnn, wa tengok ramai- masuk je waktu azan terus hapdet status "jom semayang"... tapi kannnn, tuan punya jejari yang menaip status tu tunggu lime minit abis waktu baru nak semayang. Rekod kedatangan dah nak tutup dah nak oiiiii....

Sejak ada Fesbuk ni kannnnnnnn, lu orang dan wa sendiri semakin malas membaca !!! Satu kerugian kepada produktiviti negara..

Tuesday, 22 November 2011

Juara Sebenar... ! EMAS.

Wallaweeeeiii.. sesak napas gue tonton pertandingan sepak bola sebentar tadi.. cisss... bukan wa sorang, satu malaya dan satu indonesia turut sama merasai kesesakan.

Merebut sebijik bola, ada menang ada kalah. Negara wa menang kan, kannn...


Hehehe,
tak kesah lah kedudukan SUkan kita di tangga ke 147 pun, kalo menang pingat emas Bolasepak, KITALAH JUARA..


DETIK JUARA SANG RIMAU

SAYANG MALAYSIA !!!

Wednesday, 12 October 2011

Bagaimana Menyayangi Seseorang ~


1.Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan
berdasarkan perasaan, ia hanya akan gagal karena perasaan senantiasa berubah dari masa ke kemasa.

... 2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sebenarnya seorang yang istimewa dan biarkan dianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia karena sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya karena dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sekali kali mencoba untuk mempermainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan membuat alasan supaya dia menerima cinta anda karena kelak, yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia karena dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Senantiasa berbaik sangka padanya, jika kita juga menginginkan begitu darinya . Pastikan anda akan senantiasa memperlakukan diri anda pada tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apalagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya karena selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, niscaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudian meneruskan hidupnya seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, mendapatkan hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah karena dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan segala upaya untuk memenangkan cintanya, maka dengan itu haruslah anda juga berusaha untuk terus mencintai dirinya apapun keadaannya.


~artikel ini disumbangkan oleh seorang pecinta yang hanya mahu dikenali sebagai anonymous~

kredit kepada beliau.. wa sebat aje ^_^

Sunday, 9 October 2011

AKU MAAFKAN KAMU | Malique ft Jamal Abdillah


Ada teratak di hujung kampung
bawah cermin kopak ada kotak
tersembunyi dalamnya ada tempurung
sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
detik dua usul ditutup satu lagi tampil
dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
minta diisolasi dari dalil busuk jahil
aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
mana cepat terbang atau warna gelang tangan
buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
halusinasi susuli ketandusan ihsan
ubat parut auditori kesan artileri insan
gagal dikesan



Aku maafkan kamu
tak perlu kita bertemu
cukup kau tahu
yang aku maafkan kamu
tolong teruskan hidup jangan sebut namaku

Timbul tenggelam timbul tenggelam
acapkali terpendam, acapkali tersergam
cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
ini bukan lagu rindu ini madah dendam
kutimbang tanpa neraca di awal usia
dihukum masuk neraka oleh manusia
minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
jadi aku tak akan berganjak biarkan saja begitu
maafkan mereka, mereka tidak tahu
mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
mereka tidak fasih malah fasik guna kata
kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bangsa
maafkan mereka, mereka tiada nilai
ibubapa lalai dari kecil dah diabai
tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
kita kongsi warna mata tapi tidak mata hati

atas kepala bukan sekawan
mariku lapik kunci lehernya
terlalu lahir dendang di angan
sampai terkacip mulut manisnya

Aku maafkan kamu
tak perlu kita bertemu
cukup kau tahu
yang aku maafkan kamu
tolong teruskan hidup jangan sebut namaku


Jangan ahli sihir seru nama maharaja
nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
guna hak berfikir sebelum hak bersuara
kalau terpelajar sila guna hak miranda

pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
mereka muala kiri aku kanan bila baca
sudah mahir rumi mari tafsir alif ba ta

(alif)
ada teratak dihujung kampung

(ba)
bawah cermin kopak ada kotak

(ta)
tersembungi dalamnya ada tempurung
sembunyi bawahnya katak melalak


DOWNLOAD DISINI

Thursday, 29 September 2011

Bila Diri Disayangi

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan mangsa samun. Hari ini haa, wa tak mau celita celita bodoh ya adui. Wa mau serius, serius nya pun. Lu kalau tarak suka lu buat laa suka-suka hati hati.

Ini hali ha, wa mau celita maksud lagu. Perrggh, lu olang wa tau suka layan lagu-lagu lok kapak zaman-zaman 90 an kan. Itu pun kalau lu olang membesar di era 90an la. Kalu lu olang lahir tahun 2009, lu olang layak layan lagu Twinkel twinkel litel sta ja laa kan.

Layan luuu....


Sedap lagu nyanyian Amir Ukays nih. Tapi kan lu pernah terpikir ke apa yang nak disampaikan oleh penulis lirik lagu ni? Layan jiwang memang lagu ni untuk kekasih. Wa pon sama. Zaman dulu-dulu layan lagu ni sebab lirik dia jiwang. Macam rintihan seorang kekasih kepada kekasih.

memang benar, Ia adalah manifestasi jiwa seorang kekasih kepada kekasih tetapi kekasih ABADI iaitu Sang Pencipta, Sang Penguasa dan Sang Pengatur segala urusan di muka bumi ini.


Terdengar bisikan mesra,

kalimah keramat bermentera,
bermula siang berakhir malam ku,
tak akan ku jemu menyebut namaMu.

Kalimah keramat bermentera, apa tu?
Wa rasa ianya BASMALAH, atau kita sebut Bismillahirrahmaanirrahim.
Sebagai permulaan untuk sesuatu pekerjaan. Sebagai permulaan siang terang, penutup gelita malam.


Tiada batasan waktu,

tiada tempat mu tertentu,
di gunung di lembah di darat di air,
siapa pun hamba,
keikhlasan doa keagungan kasih,
merubah takdir,

Mesej yang sangat jelas untuk lu dan wa memahami..
Tiada batasan masa, waktu dan tempat, Engkau ada dimana-mana Ya Allah. Aku disini tetap hamba MU, mengharap belas ehsan dari MU. Kerana Engkau menentukan segala-gala. Diriku hanya mampu berdoa, kerana takdir Engkau yang menentukan.


Bila kusedari diri disayangi,

langkah kaki ini semakin berani,
bila terkeliru kuucap namaMu,
terasa diriku kembali dipandu,

Aku sedar yang diriku masih disayangi MU. Membuatkan aku semakin yakin dan pasti. Membuatkan jasadku semakin bertenaga atas nama keyakinan. Kadangkala kekeliruan itu hadir, kesesatan hampir mendekati roh. Namun atas namaMU, diriku berada dilandasan yang tepat.
 dan panduan hidup telah Engkau sediakan selengkap-lengkapnya.

Rangkap dan keseluruan lagu ini juga wa rasa merujuk kepada surah Al-Fatihah yang membawa maksud;

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai hari pembalasan.
Engkau sahaja (Ya Allah) Yang kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukkilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan yang orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai keatas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Engkau yang pertama tiada akhirnya,

aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya,
izinkahlah aku menumpang disini,
dibawah naungan kasih dan sayangMu,
ku berserah diri.....

Engkau pertama tiada akhir. Sifat Allah, iaitu tiada permulaan tiada pengakhiran. Izinkan aku menumpang di bumi pinjaman dariMU ini. Di bawah limpahan rahmat dan keberkatan serta rezeki yang Engkau kurniakan.

AKU BERSERAH DIRI, itu lah makna ISLAM.

Wednesday, 28 September 2011

Apam itu Apong

Lu olang digalakkan membaca ini celita dengan bantuan olang kelate jika lu bukan olang kelate....kehkehkeh...

Seting Masa    : Bulan Ramadhan
Seting Tempat : Bazar Ramadhan Bandar Jeli
Seting Waktu  : Petang la ngok. Bazar xdak waktu subuh!
Watak            : Zaquan dan Adi

Suatu petang Ramadhan yang hening, burung-burung pun berkicauan, pakcik jual air sedang ghairah melolong sana sini untuk melakukan jualan air mereka walaupon menyedari hakikat masa masih terlalu awal untuk umat membeli air pembasah tekak dikala berkumandangnya azan Maghrib.

Di kebingitan itu, berjalanlah dua sahabat baik. Zaquan dan Adil diberi nama. Zaquan adalah anak jati Jeli. Diberanakkan di Jeli, dibesarkan di Gua Musang tapi menetap kembali di Jeli.
Sementara Adil adalah pemuda kelahiran Ampang Kuala Lumpur tetapi sekarang menetap di Ampang Kuala Lumpur.

Mereka berdua bersahabat baik. Sama-sama belajar di Kolej Kejururawatan Metropoint. Cuti hujung minggu kali ini Adil mengikut Zaquan pulang ke Kelantan untuk merasai suasan Ramadhan di negeri Cik Siti Wan KEmbang.

Jalan punya jalan, tetiba Adil  terpandang satu gerai yang menjual Apam Balik. Terdetik di hati beliau untuk merasai apam Kelantan kerana makanan kegemaran beliau sejak tabika kemas sememangnya apam.
Bertanya lah beliau kepada Zaquan.

Adil      : Wan, apam kalau bahase Kelantan orang panggil ape ha?
Zaquan : Apam?? ohh, itu ke.. Kat sini orang panggil 'Apong'..
Adil      : Ohh, apong ke. Aku nak gi beli laa.

Bergeraklah Adil menuju ke gerai apam dengan semangat berkobar-kobar..

Adil     : Pok cikkk... (cube speaking kelate)
Pakcik : Yo awe.. nok gapo.
Adil     : Saya nak mintak ampun dua...
Pokcik : Hoh... Mu ado wak saloh gapo nge pokcik sapa nok mitok maah???


*APAM ITU APONG, BUKAN AMPON...

Sunday, 25 September 2011

Arif Budak Yang Baik


Di sebuah kampung yang diberi nama Kampung Talam Belulang, 
tinggallah satu keluarga bahagia terdiri daripada Papa, Mama dan anak tunggal mereka iaitu Arif.

Arif ialah seorang budak umur 5 tahun setengah yang sangat hiper aktif ataupun bahasa Kuala Krai dipanggil 'buah' atau buas. Tapi tak bermakna Arif boleh digolongkan dalam golongan spesis mamalia buas sepertimana harimau mahupun singa beruang.

Kenakalan Arif seringkali memeningkan kepala Papa. Kerapkali perbuatan Arif dikhalayak ramai mengundang kemarahan Papa dan Mama. Di rumah senang cerita je, kalau buat perangai, cubitan dan godaman sayang pasti akan diterima. Tapi kalau di luar berhadapan masyarakat, Papa akan menggunakan teknik lain. Jelingan tajam saja sudah cukup untuk menggerunkan Arif. 

Jika bershoping di pasaraya, Arif mempunyai hobi iaitu mengambil apa-apa saja benda yang dia suka. Jika disedari oleh Papa disusuli dengan jelingan maut beliau, Arif perlahan-lahan akan meletakkanya kembali ke tempat asal. Itulah dia Arif....

Suatu hari, Papa membawa Arif bersolat tarawih di sebuah masjid. Oleh kerana jemaah di masjid pada hari itu tak ramai, mereka dua beranak dapat laa bersolat di saf paling depan. Dah la paling depan, belakang pulak Tok Imam. 

Dipendekkan cerita, rakaat pertama berlalu dan Imam bangun berdiri setelah sujud. Di mata Arif, ada sesuatu yang tidak kena. Dia memandang tepat ke arah bontot Tok Imam. Kain pelikat Tok Imam terselit di celah-celah bontot beliau. Pada perkiraan Arif, sesuatu harus dilakukan untuk menyelamatkan Tok Imam. Setelah berfikir panjang, Arif perlahan-lahan menghulurkan tangannya dan menarik kain yang terselit di celahan itu. Lega Arif, kerana beliau telah berjaya menyelamatkan Tok Imam dari mendapat malu.

Perbuatan Arif rupa-rupanya disedari oleh Papa. Masa tu Papa dah tak khusyuk dah. Dilontarnya satu jelingan tajam dan maut ke arah Arif. 

Arif sedar yang dia sedang distering oleh Papanya. Kalau Papa jeling macam tu, mesti ada yang salah. Mesti ada yang tak betul di tempat yang tak betul. Kirenye perbuatan dia tadi salah laa ye. Kene betulkan balik nih..

Lantas, menggunakan jari jemari beliau, Arif mencucuk bontot Tok Imam untuk meletakkan kembali selitan kain di celahan yang sepatutnya seperti tadi...

TERSENTAK TOK IMAM !

Thursday, 22 September 2011

Terima Kasih Segalanya

Lu olang minat nyanyi?
Lu olang ada buah ati?
Lu olang tujukan lagu ini..
Baikk punya iiiiii.... !


Naik Basikal

Naik basikal pergi ke Sabah,
Pergi ke Sabah naik basikal,
Adakah munasabah?
Pergi ke Sabah naik basikal....

pantun bodoh dari penyamun.....



Gambaq x perlu wa mintak izin. Dah penyamun kan...

Tuesday, 20 September 2011

Manisnya Gadis Itu...

Semalam, selesai tugasan seharian sebagai seorang penyamun, wa menapak di kedai makan. Kedai makan biasa je. Penyamun x makan kat hotel. Sedang wa lepak makan dengan kawan samunan wa, wa terperasan kat meja depan wa tu ada sorang gadis chantek bersama kawannya yang tak berapa chantek. Biase laa kan, orang chantek selalu berkawan dengan orang tak chantek. Motifnye, xnak orang lain pandang kawan dia chantek. Bia dia sorang je nampak chantek. Ada unsur ilusi optik disitu...

Tapi gadis itu serius chantek. Serius beb, terlopong laa wa pandang dia. Berbaju kurung putih suci, bertudung ayu kaler ijau pucuk pisang. Makan sopan santun. Berbeza dengan kawan beliau yang agak ganas masa makan. Sesuai laa ngan orangnya ye dak.

Wa sambung celita terlopong. Memang beb ! sehingga entri ini ditulis, wa masih terlopong teringatkan keayuan dan kechantekan beliau. Perggghhhh, chantek ya amat.


Celita mata, memang mata wa tak berkelip laa. Asyik pandang dia je. Makan pun wa lupa macam mana nak suap nasik guna jari. Lupe gune jari yang mana. Sudahnya wa suap nasik guna jari anak gabung ngan jari telunjuk. Susahhh wooo, tapi wa telan jugak.

Ekceli la kan, ada sesuatu yang lain penampilan gadis tu dari pandagan wa. Lain beb. Lain bebenor kate orang Manjong. Wa usha punya usha, akhirnya saat yang wa nanti telah tiba. Gadis itu sama ada sengaja atau tak sengaja pandang muka wa. Uhuk uhuk, terbatuk 14 wa saat itu. Ada gadis pandang muka wa. Memang syok giler la. Muka wa ni memang jarang laa orang pompuan nak usha. Tak hensem, jambang x terurus, mata merah sebelah, rambut depan kerinting belakang botak. Stended penyamun laa kan... Memang bonus laa kalo ada yang pandang jugak. 

Berbalik kepada celita gadis yang unik ni, wa terussssss pandang. Sesekali gadis itu menjeling balik. Wa memang syiookk tak hengat dah. Sekali lagi dia pandang wa, wa nak ukir secebis senyuman kat dia.. Yessss, dia pandang lagi dan otometikeli senyuman manis wa ukir. Walaupon wa tak reti senyum. Yang best tak hengatnya, dia senyum balik tauuu.. Wa rasa wa tak bertepuk sebelah tangan dah. Kali ni wa nekad, sekali lagi dia senyum wa akan jalan dengan selamba untuk ke meja beliau.

Meme r.. Meme gadis chantek itu senyum kat wa. Hati wa membuak-buak. Wa perlu ke mejanya untuk mengatakan sesuatu yang terbuku di hati wa ini. Perasaan ingin berkata-kata ini perlu wa lunaskan jugak agar ia tidak jadi satu penyesalan dalam diri wa kelak. Wa check line, usha buat kali penghabisan, senyuman si gadis tu bertambah manis, bertambah-tambah manja. Seolah-olah memanggil-manggil wa ke meja beliau secepat mungkin..

Tanpa berfikir panjang wa terus berjalan gaya Christiano Ronaldo ke meja beliau. Muka wa masa tu wa dah kontrol abis-abisan. Nampak persis Aaron Aziz kalo lu orang tengok. TEruussss wa ke meja yang mengambil masa 8 saat tidak termasuk masa bangun dari kerusi. 

Ketibaan wa ke meja beliau disambut dengan satu lagi senyuman manja menampakkan barisan gigi beliau yang tersusun rapi dan menunjukkan yang beliau menerima wa dengan hati terbuka. Wa nekad.. Wa nak luahkan jugak !

"Errmm, cik. Maaf ye, gigi cik adik ada kulit lada laa. Besar woo, besar penumbuk... HAHAHAHAHAHAHA"......

Wa kembali ke meja wa untuk menyambung hidangan yang tak habis lagi. Selesai tugas wa.







Monday, 19 September 2011

Politik... Arrrgghhhh...

Salam satu Malaysia, salam satu nusantara..

Alo abang2 dan kakak2 sekalian. Assalamualaikum..

Ni wa nak tanya, lu olang ada minat politik? 
Politik, apa-apa yang ada kaitan ngan politik.

Wa bukang nak nyembang pasai politik. Wa minat laa jugak dulu, tp wa tengok sekarang politik negara  kita dah laen macam laa. Kuasa politik hebat tau...Lu sedar ka x sedar ka, kuasa politik memang terrrrrlampau hebat.

SEBAB POLITIK LU DAN WA BERPERANG,
SEBAB POLITIK LU DAN WA BERLAINAN FAHAMAN,

SEBAB POLITIK, SEJARAH SUKE-SUKE ATI BOLEH BERUBAH...

harharharharhhhhhhh....

Friday, 16 September 2011

SELAMAT HARI MALAYSIA


Selamat Hari Malaysia dan selamat hari Jumaat. Penghulu segala hari.


Kepada lu orang yang mempunyai IC biru, ada surat beranak, skolah rendah dari darjah satu sampai darjah nam di skolah kerajaan, dapat buku teks percuma, dapat lagi air kotak free program susu sekolah,. Then masuk sekolah menengah dapat pulak biasiswa BKP, dapat duk asrama free, dapat pulak la macam-macam. Tahniah, lu orang rakyat Malaysia yang beruntung.

Jadi apa salahnya, panjat kesyukuran. Ucap Alhamdulillah bukannya susah pun kan. Bersyukurlah, kerana bukan semua manusia di dunia ni dapat nikmat macam tu.

Tidak kira lu sokong parti kaler apa, lu sokong pemimpin muke kaler macam mane, yang penting lu orang tetap rakyat Malaysia. Orang Angola tak bace blog gua nih !

SELAMAT HARI MALAYSIA 

Thursday, 15 September 2011

Angry Birds Cinematic Trailer


haaa.. Games memamg femes. Dari budak kecik sampai ke orang tua. Game burung pemarah yang menentang geng babi ijau. Tapi x ramai sbenanya yang tau kenapa marah sangat geng burung ni kat natang ijau tu.. hahaha...

Wednesday, 14 September 2011

Butakah Cinta...


Seorang gadis mengalami kemalangan menyebabkannya hilang deria penglihatan anugerah Tuhan. Dia sangat sedih dan merasakan tiada lagi masa depan untuk dirinya. Sinar kebahagiaan telah hilang.

Berkurun lama hidup menyendiri, si Gadis ini telah ditakdirkan berjumpa dan bersahabat dengan seorang pemuda. Kacakkah atau tampankah dia tidaklah gadis itu ketahui. Namun yang pasti pemuda itu terlalu baik dan mengambil berat akan dirinya yang malang itu. Persahabatan erat mereka akhirnya membawa kepada terjalinnya ikatan cinta antara mereka. Gadis itu sungguh bahagia berada disisi pemuda itu walaupun tidak dapat melihat wajah kekasihnya itu. 

Suatu hari, sudah tiba waktunya si pemuda melamar gadis tersebut dan mengajaknya menjadi suri dalam hidupnya. 

Pemuda    : Sayang, sudah tiba waktunya, sudah sampai saatnya, saya ingin menyatakan bahawa saya ingin melamar awak. Ingin menjadikan awak teman sehidup semati saya

Gadis       : Awak. Saya risau, dapatkah awak terima keadaan saya macam ni? sanggupkah awak hidup bersama dengan yang hina dengan kecacatan ini?

Pemuda    : Awakk. Kenapa cakap macam tu? Saya tak kisah semua tu awak. Saya ikhlas mencintai awak. Saya ingin memiliki hati awak. Saya tidak mencintai fizikal awak semata-mata.

Terharu si gadis mendengarnya, lantas menjawab;

Gadis      : Baiklah, saya terima lamaran awak. Andai esok saya boleh melihat, lusa saya akan berkahwin dengan awak. (sambil bergurau).

Beberapa hari berikutnya si Gadis mendapat panggilan daripada sebuah hospital mata, menawarkan pembedahan dan pendermaan mata percuma. Ada insan mulia sudi menderma mata.
 Ditakdirkan dapat la si Gdias melihat semula keindahan dunia ini. Orang pertama diingatinya ialah si Pemuda.

Si gadis terus menghubungi si Pemuda untuk berjumpa. Tapi......

Alangkah kecewanya si Gadis apabila mendapat tahu yang pemuda yang dicintainya selama ini adalah seorang pemuda buta. Demi masa depan yang lebih baik, si Gadis nekad memutuskan hubungan dengan si Pemuda dan menerima lamaran lelaki lain.

Masa berlalu, waktu berganti, tibalah hari pernikahan si Gadis. Dengan sekali lafaz, sah sudah si Gadis itu menjadi isteri lelaki kedua itu. 

Beberapa ketika selepas saat indah pernikahan mereka, si Gadis menerima satu keping kad ucapan tahniah berbunyi;

"Tahniah atas pernikahan awak. Saya doakan awak berbahagia sepanjang hayat. Cuma satu pinta saya kepada awak, JAGALAH MATA SAYA BAIK-BAIK. Mataku berada dalam dirimu sudah cukup buatku........" -yang selalu mencintaimu (pemuda buta)


Sunday, 11 September 2011

Cerita Bohong

Alkisah tersebutlah kisah, suatu masa dahulu di dalam negeri Panah Berhantu. Arakian, negeri ini letaknya juga bersebalahan dengan negeri Isketambola yang diwar-warkan oleh P Ramlee yang sampai sekarang tidak mampu dijumpai oleh laskar-laskar Uncle Sam mahupun google earth yang dicipta oleh puak-puak gelobal itu..

Adapun di negeri itu wujud seorang raja yang selalu hidup dalam keadaan bosan. Kadang-kadang baginda rasa menyesal kenapa dilahirkan sebagai raja. Pernah juga kadang-kadang Raja itu mahu mendaftar sebagai pengguna Muka Buku atau nama penjajahnya Facebook. Nak sign up, baru baginda teringat yang zaman itu masih belum ada apa yang dinamakan rangkaian sosial itu. Jalur lebar pun belum ada. Tapi macam mana dia tetiba terpikir nak sign up? entah. Abaikannn..

Suatu hari, untuk menghilangkan kebosanan setelah gagal mengsign up facebook, beliau memanggil setiausaha sulit beliau lantas mengarahkan s/u yang berdedikasi itu mengeluarkan satu memo panggilan kepada rakyatnya untuk menyertai satu pertandingan bercerita. Syarat utama pertandingan bercerita ini ialah cerita yang disampaikan mesti cerita bohong. Mesti bohong. Wajib! kalau cerita tu tak bohong, automatikeli peserta akan diskualifaid.

Berminggu-minggu sesi kelayakan diadakan. Pertandingan diadakan secara kelayakan kumpulan. Dibahagikan kepada 3 kumpulan. Juara kumpulan akan layak ke final. Seperti biasa, aksi akhir akan diadili sendiri oleh Raja.

Masa yang dinantikan sudah tiba. Seluruh rakyat berkumpul di Stadium Nasional Panah Berhantu yang letaknya di Bukit Hantu Pari. Syarat pertandingan akhir macam biasa iaitu cerita mestilah bohong. Pemenang akan ditentukan apabila Raja menyebut dan mengakui yang cerita itu sebenar-benarnya bohong.

Tiba giliran peserta pertama-

PESERTA  1 :
Assalamualaikum dan salam satu Panah Berhantu. Cerita yang nak hamba ceritakan ini memang bohong. Ia semuanya adalah berkaitan dengan hidup hamba. Hamba sebenarnya bukan manusia biasa. Hamba ialah jelmaan makhluk asing dari Planet Jingga yang datang ke bumi 3 tahun lepas menggunakan perkhidmatan LRT Star yang disokong oleh servis Touch n Go. 
APabila mendarat di bumi hamba meminjam kereta lumba Ferrari F1 yang pernah digunakan oleh Michael Schumacher untuk datang ke negeri Panah Beracun. Perjalanan hamba menggunakan Ferrari tersebut melalui 7 benua didunia dan merenangi 7 laut dan lautan serta selat-selat utama dunia termasuklah Selat Tebrau. Sebelum itu sempat jugak hamba singgah di Pantai Dalam. Pekena Nasik Kukus D'Naem. Best wooo...
Semasa memandu Ferrari di Lautan Pasifik hamba terlah terlanggar seekor tenuk laut yang sedang main kejar-kejar dengan seekor ikan duyung wajah persis Lisa Surihani. Tenuk laut itu mati, lalu hamba mengambil ikan duyung itu untuk dijadikan sarapan pagi memandang RnR di Lautan Pasifik ketika itu masih belum dibuka bagi menghormati bulan Ramadhan.
Setelah beberapa minit hamba sampai ke negeri ini. Bohong tak cerita hamba????

RAJA     : Menarik cerita kamu. Beta percaya ! Ok, next. Peserta kedua.

PESERTA 2:
Assalamualaikum, peace yaww !
Nama patik ialah Albert Grenomayor. Patik ialah keturunan Albert Einsten yang mencipta berus jamban pertama di dunia. Datuk patik Albert Bush ialah bekas Sultan di negara Orang Putih. MEmandangkan datuk patik seorang raja, secara otomatiknya, patik juga ialah raja.
Namun patik tak mau jadi raja. Patik lebih suka hidup sebagai orang biasa. Sekarang patik bekerja di sebuah ladang burung unta yang dibina khas di ruang legar panggung wayang Mid Veli.
Menariknya tuanku, burung unta di ladang patik sangat ajaib. Burung-burung unta itu kalau mengandung ia hanya mengambil masa beberapa hari saja. Kemudian keluar telur. Yang lagi menarik, pabila bertelur, yang keluar itu bukan telur biasa. Ianya telur emas. Yang lagi lagi menarikkkk giler tak hengat, apabila telur itu menetas, keluar pulak cash money. Jadi patik selalu paksa burung-burung unta hamba mengandung secara beramai-ramai. Tuanku bayangkanlah, burung unta patik jumlahnya sebanyak 5789235 ekor. Jadi dalam tempoh 3 hari, apabila mereka bertelur dan menetas dan mengeluarkan cash money 50 keping rm50, tuanku kira sendiri laa berapa pendapatan patik. 
Itu belum lagi patik cerita kisah isteri patik yang boleh memasak sambil berenang dalam keadaan menyusukan anak....

RAJA      : OK, dah laa tu. Beta percaya semua cerita kamu itu. Kamu memang hebat. So, macam mana dengan cerita peserta ketiga.

PESERTA 3 :
Ampun Tuanku beribu ampun. Sembah patik harap diampun. Izinkan patik ceritakan kisah sebenar. Cerita ini tidak bohong tuanku. Ampun Tuanku.

Semalam patik ke kebun getah patik. Dalam sayup-sayup irama unggas rimba, patik singgah la di pondok buruk tempat patik simpan pisau toreh. Tiba-tiba patik terdengar suara perempuan mengerang dari dalam pondok. Patik ingatkan ada orang dalam kecemasan. So, patik intai la. Alangkah terkejutnya patik apabila mendapati di dalam nya ada seorang perempuan sedang berbaring mengerang keenakan tanpa seurat benang pun. Dan diatasnya ada seorang lelaki. Mereka sedang berasmara di pondok patik Tuanku.


Dan perempuan itu adalah Permaisuri Tuanku. manakala lelaki itu ialah setiausaha sulit Tuanku. sekian..

RAJA: BOHOOOOOOOOOOOOOOOOOOONNNGGGG !!

Thursday, 18 August 2011

Anak Zaman KL Gangster


Ayah    : Haikaal, jangan wat bising kat sini. Diam laa. Adik kan tengah tido tu.
Haikal  : Diam? Lu kasi wa mati laa baru wa diam.!
Ayah    : Astaghfirullah budak ni ! Eh Haikal cakap dengan Ayah ni tau...
Haikal  : Wa tak kire lu ayahnda ka, abang long ka, ini tempat gua pegang !

DAMNN ! Jagalah anak anda. Kelakuannya, tutur katanya, dan filem tontonannya...

Selamat Berpuasa....

Wednesday, 17 August 2011

Monday, 25 July 2011

Salah Abang ke?

Saya sering kali bergaduh dengan kekasih hati saya. Saya juga tidak tahu mengapa. Ada kalanya tiba-tiba si dia merajuk dan mengelakkan diri daripada saya. Saya sayangkan dia. Bagaimana saya ingin mengurangkan pergaduhan dan perselisihan kami? Apakah sebab si dia menyalahi saya?
Dalam hubungan mana yang tidak ada perselisihan faham? Sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula suami isteri, tunang tunangan, antara kekasih. Jadi, kali ini PakarCinta menyenaraikan beberapa sebab atau isu di pihak lelaki yang menjadi punca utama putusnya sesebuah hubungan cinta itu. Ini adalah perkara biasa dalam setiap lelaki biasa yang ada pada masa kini.
3783243684 ca0bcabbb41 Salah Abang Ke?

1. Menipu
Menipu adalah “pembunuh” utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk “menyelamatkan” sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.
 Salah Abang Ke?
3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

couple arguing 226655a Salah Abang Ke?

5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

104 Salah Abang Ke?

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, pada orang yang anda sayang.
AdininNNurul Nikah120 Salah Abang Ke?
Love means always saying you’re sorry. Nobody will ever be perfect enough to never make mistakes. This is why love cannot possibly be never having to say your sorry unless you only love yourself. If you really love somebody it should mean always saying your sorry yet knowing that you never have to.
disamun dari : http://pakarcinta.com/blog/salah-abang-ke/

Friday, 22 July 2011

you took my heart away




Living in a world so cold,you were there to warm my soul..you came to mend a broken heart,you gave my life a brand new start and now..i'm in love... ~you become the meaning of my life~ ♥


Thursday, 21 July 2011

Siapa Yang Paling Malas


Dalam satu negara berdekatan dengan Banjaran Apes, ada sebuah negeri yang dinamakan sebagai Negeri Lesu. Entah dari mana datangnya nama itu. Mungkin juga kerana segenap lapisan rakyat dari hamba abdi, artisan, bangsawan, jelitawan dan pemerintahan mempunyai satu tabiat pelik iaitu selalu lesu. 

Dalam bahasa negara kita Malaysia, lesu boleh dikaitkan dengan sikap malas. Jadi orang negeri Lesu ni memang malas kot.

Pada suatu hari sultan Lesu boring tak tau nak buat apa. Lantas dia terpikir satu idea menarik untuk memeriahkan istana. Terus dipanggilnya Bendahara untuk mengumumkan kepada rakyat bahawa satu pertandingan mencari orang paling malas akan diadakan beberapa minit dari sekarang.

Bebondong-bondong rakyat datang mencuba nasib. Sesi audition diadakan terlebih dahulu oleh barisan pembesar-pembesar yang sememangnya mempunyai rekod kerja malas, selalu punch card lambat dan selalu tido dalam opis. Setelah beberapa minit audition diadakan (beberapa minit je sebab mereka semua malas), akhirnya tibalah aksi final yang bakal ditentukan juaranya oleh Sultan.

Ketiga-tiga mereka menghadap Sultan di balai utama.

Sultan   : Oh ini laa finalis-finalis pencarian orang paling malas ye. Tahniah berjaya masuk final.

Calon-calon : Ye Tuanku, ampun tuanku (sambil tangan malas diangkat ke muka).

Sultan   : Baik lah, kita taknak buang masa. Beta teruskan kepada kamu Calon1. Ceritakan tahap kemalasan kamu.

Calon1   : Ampun Tuanku. Patik ni memang malas Tuanku. Kalau nak makan apa-apa, akan ada orang tolong suapkan patik Tuanku. Kalau takde orang suap, walau beberapa hari, patik takkan makan Tuanku.

Sultan      : Oh, malas giler kamu ni.. Baik macam mana dengan Calon2?

Calon2    : Ampun Tuanku. Patik ni Tuanku, lagi malas. Malas berkilo-kilo dari Calon1 ni. Patik kalau nak makan, akan ada orang tolong kunyahkan. Patik telan je. Kalau takde orang kunyah, memang kompem patik tak makan la Tuanku.

Sultan       : Fullamakk ! Kamu lagi otai. Lagi legend. Sampai makan pun kene ada orang kunyah. Errrm, bagaimana kamu Calon3?

Calon3        : Patik nak cerita pun malas laa Tuanku. (sambung tidooo) zzzzzzzzzzzz...........!

SEKIAN


Tuesday, 19 July 2011

Friday, 15 July 2011

Monday, 4 July 2011

Skandal Langit Merah

Berhadapan dengan puak lu orang yang semakin hari semakin besar kepala membuatkan wa berasa sesuatu. Tidak sesekali wa rasa takut dan gentar dengan perubahan mendadak prinsip lu orang. Tidak juga rasa mahu mengalah. 

Cuma rasa menyesal, kenapa wa yang mulakan bende ni. Kenapa lu orang  yang wa ajak untuk turut serta dalam galur gerak ini. Kenapa wa percaya dengan kata-kata. Dan kenapa semua ini berlaku? Telah wa nyatakan hasrat, misi dan visi. Telah wa nyatakan tekad. Telah wa nyatakan juga legasi ini harus dikembangkan. DENGAN CARA YANG BETUL.

Tapi lu orang telah sesat. Lu orang telah terpesong. Lu orang memang ssemmbang !

Wa undur diri.....

Sunday, 3 July 2011

Monday, 13 June 2011

Perlukah Ia Bertajuk...


Prosa ilmiah tidak berguna lagi,
namun strategi
menghantui diri
mengisytihar perang di negeri sendiri...

Seragam segak itu hanya topeng hodoh
untuk ilmuan tolol dan bodoh
dari tanya tukar cerca
dari anggapan jadi tak bisa...

Waktu mengajak ku jadi dewasa
menginjak edaran buku ku baca
meliuk lintuk tanpa lelah
mengisi sebuah perjuangan parah...

Longgok dasawarsa menukar sengketa
limpahan keringat darah dan air mata
mengisi hati duka nestapa
menangisi cita dan juga cinta...

Disimpul rapi baju perang tersimpan
seragam wajib dalam barisan
meneroka erti sebuah kebebasan
demi mencari nikmat ketenangan...

melawan kawan
menjauhi lawan
mengisi cerita sejarawan...

Dalam jasad tiada makna persaudaraan
yang tertanam hanya persahabatan
hingga tumbuh menjadi peperangan...

Aku kini mencari....

Friday, 10 June 2011

Perfect !



~Hey Dad, look at me. Think back and talk to me did I grow up according to plan...

Saturday, 16 April 2011

Tragedi Cinta


Kita bertemu kali ini untuk apa?
Jika hanya bermotif menambah luka,
memenuhi sanubari dengan sengsara,
lupakan saja.

Lu ada hidup,
Wa ada hidup,

Cukuplah. Luka itu masih sakit....
Pergilah belayar dengan lu punya rakit !